Kini, DxOMark mendedahkan hasil prestasi audio bagi telefon gaming idaman ramai ini.
Berdasarkan ujian yang dilakukan, ROG Phone 5 menerima skor sebanyak 79 secara keseluruhan meletakkan telefon ini di puncak carta.
Dengan ini juga, ROG Phone 5 secara tidak langsung mengatasi Xiaomi Mi 10 Pro yang berada di tempat kedua dengan skor 76.
Sementara modelnya yang terdahulu, skor ROG Phone 3 terikat pada kedudukan yang sama dengan Huawei Mate 20 X iaitu 75.
Menurut DxOMark, telefon ini mempunyai kualiti audio yang baik tidak kira bermain game atau mendengar lagu tanpa aksesori tambahan.
Selain itu, ia juga hadir dengan 4 mikrofon serta dua pembesar suara simetri pada bahagian atas dan bawah telefon.
Spesifikasi lain yang rasmi adalah cip Snapdragon 888, bicu audio 3.5mm, teknologiĀ bass maya serta teknologi audio yang ditala Dirac.
Pada masa yang sama juga, rekaan bagi ROG Phone 5 diperlihatkan dimana terdapat paparan utama dan paparan kedua pada panel belakang serta tiga tetapan kamera.
Sumber: DxOMark
Berkaitan
- Xiaomi Akan Ambil 5 Ribu Jurutera Melibatkan Kamera, 6G Dan Bidang Lain Tahun Hadapan
- Mungkin iPhone 14 Pro Akan Jadi iPhone Yang Ada RAM Paling Besar
- Acer Malaysia Tawar Diskaun Sehingga 50% Sempena 11.11
- OPPO A53 Dijual Berharga RM 699, Bateri 5000mAh Dengan Paparan 90Hz
- DisplayMate: Paparan Terbaik Telefon Pintar Setakat Ini Adalah iPhone 13 Pro Max
- Ini Rupa Sebenar Nothing Phone (1), iPhone Kacukan Android
- Miliki vivo X50 Dengan Pelan Ansuran 0% Untuk Tempoh Terhad
- Peminat iPhone Mungkin Perlu Tunggu Lagi Untuk Imbasan Cap Jari Di Skrin
- Surface Pro Tapi 'Gaming'? ROG Flow Z13 Kini Tiba Di Malaysia
- POCO C31 Rasmi, Hadir Dengan Cip MediaTek Helio G35