Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 13 Pro Max

DisplayMate: Paparan Terbaik Telefon Pintar Setakat Ini Adalah iPhone 13 Pro Max

Diterbitkan September 30, 2021 oleh Amsyar Latif

Dua minggu sudah berlalu sejak pelancaran telefon terbaharu siri Apple iPhone 13. Banyak perkara yang diperdebatkan mengenainya baik dari sudut positif mahupun negatif.

DisplayMate baru-baru ini menobatkan bahawa iPhone 13 Pro Max mempunyai paparan terbaik dalam telefon pintar setakat ini bersama penarafan gred A+ untuk prestasinya. Tahun lalu, iPhone 12 Pro Max juga menerima anugerah sebegitu.

Menurut mereka, antara kelebihan ada pada iPhone 13 Pro Max adalah mempunyai kecerahan 27% lebih tinggi berbanding iPhone 12 Pro Max, kontras imej yang tinggi, panel dengan kalibrasi warna yang tepat dan pantulan cahaya yang rendah.

Selain itu, ia juga hadir dengan kadar segar semula 120Hz dan memiliki kecekapan penggunaan tenaga yang lebih baik.

Untuk spesifikasi khusus, tidak banyak perbezaannya jika nak dibandingkan dengan iPhone 12 Pro Max. Ia mempunyai paparan Super Retina XDR berukuran 6.7 inci beresolusi 2778×1284 pada 458 ppi, kecerahan 1000 nits serta 1200 nits bagi kandungan HDR.

Sumber: DisplayMate

Baca juga:

  • Gurman: Rekaan iPhone 14 Bakal Diberi Nafas Baharu
  • Apple Selesaikan Isu Aplikasi Pihak Ketiga Tak Dapat Guna 120Hz Sepenuhnya
  • Tukar Skrin iPhone 13 Dengan Pihak Ketiga Akan Beri Masalah Pada Face ID

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY