Miliki vivo X50 Dengan Pelan Ansuran 0% Untuk Tempoh Terhad

Siri vivo X50 adalah sebuah telefon pintar yang memfokuskan fotografi. Ia dilancarkan Julai yang lalu dengan harga RM2399.

Susulan jualan 11.11 yang baru sahaja selesai minggu lepas, vivo Malaysia hari ini tampil dengan tawaran pelan ansuran dengan kadar faedah 0% bagi vivo X50.



Tawaran ini adalah terhad bermula hari ini hingga 30 November 2020. Pengguna kini boleh menikmati telefon ini dengan harga serendah RM199 sebulan sehingga 12 bulan.

Imbas kembali spesifikasi ditawarkan, vivo X50 5G hadir dengan cip Snapdragon 765G, 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. Ciri menarik, sistem gimbal terbina serta sensor besar 50MP ISOCELL GN1.

Anda boleh miliki tawaran ini melalui kedai rasmi vivo di seluruh negara.