Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiada Takuk, Rekaan Baharu – Ini Adalah Konsep “iPhone 14”

Mungkin iPhone 14 Pro Akan Jadi iPhone Yang Ada RAM Paling Besar

Diterbitkan Februari 18, 2022 oleh Amsyar Latif

Bukan kali pertama, sebelum ini iPhone 14 Pro pernah dikaitkan dengan penawaran memori sebanyak 8GB RAM.

Terbaru, terdapat sumber dari Korea Selatan yang mendakwa perkara yang sama di mana iPhone 14 Pro akan dilengkapi 8GB RAM. Mirip laporan terdahulu.

Walaupun pemberi maklumat tidak mempunyai rekod yang baik dalam mendedahkan khabar angin tetapi beliau ada sumber yang sama dengan desas-desus sebelum ini. Katanya lagi, Apple sudah mengesahkan pembekalnya dan sedang bersedia untuk mulakan pengeluaran peranti iPhone baharu itu.

Jika benar, ini merupakan satu naik taraf yang amat baik buat pengguna iPhone. Ini kerana, 8GB RAM itu secara tidak langsung menjadikan ia peranti iPhone yang hadir dengan jumlah RAM paling besar berbanding ‘keluarganya’ yang lain.

Selain itu, terdapat spekulasi mendakwa peningkatan jumlah RAM buat iPhone 14 Pro adalah disebabkan kamera dengan sensor yang jauh lebih besar. Kalau ada yang terlupa, terdahulu iPhone 14 dikatakan akan hadir dengan kamera utama 48MP.

Dengan ini, mungkinkah iPhone 14 Pro tahun ini bakal menjadi perhatian peminat kembali? Mananya tidak, ia juga dikaitkan dengan kehilangan takuk dan digantikan paparan berlubang berbentuk pil.

Sumber: macrumors

Baca juga:

  • Dua Peranti Apple Ini Rasmi Jadi Produk Vintaj Dan Usang

  • Apple Watch Jadi Penyelamat Wanita Ini, Kesan Penyakit Lebih Awal

  • Kesan Jeli Pada iPad mini 6 Punca Apple Disaman

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY