Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Flow Z13

Surface Pro Tapi ‘Gaming’? ROG Flow Z13 Kini Tiba Di Malaysia

Diterbitkan Mac 23, 2022 · Dikemas kini Mac 23, 2022 oleh Amsyar Latif

Bukan hanya beg galas, ROG Malaysia turut membawa masuk tablet gaming mereka menerusi ROG Flow Z13. Mereka mendakwa bahawa ia merupakan tablet gaming paling berkuasa di dunia.

Menampilkan rekaan nipis dan ringan, ia hanya seberat 1.18kg dengan ketebalan 12mm. Biarpun begitu, Z13 masih lagi boleh dipadankan dengan aksesori lain seperti tetikus, gamepad dan lain-lain.

ROG FLow Z13 4

Di dalamnya, terbina cip pemproses sehingga Intel Core i9-12900H dan padanan kad grafik sehingga NVIVIDIA GeForce RTX 3050Ti 4GB GDDR6 serta mempunyai grafik bersepadu Intel Iris Xe.

Konfigurasi memori ialah 16GB RAM dengan storan dalaman sehingga 1TB PCIe 4.0 NVMe SSD.

ROG Flow Z13 3

Bagi paparan, ia ditawarkan dalam dua variasi. Pertama, skrin berukuran 13.4 inci IPS (1920×1200), kadar segar semula 120Hz, 100% sRGB, Dolby Vision HDR, penarafan Pantone serta sokongan stylus.

Kedua, skrin seluas 13.4 inci IPS (3840×2400) dengan kadar segar semula 60Hz, 100% sRGB, penarafan Pantone, Dolby Vision HDR dan sokongan stylus.

Lain-lain spesifikasi adalah seperti 2 pembesar suara, kamera 8MP dengan 720p webcam, bateri 56Whr yang menyokong pengecasan USB-C 100W, menjalankan Windows 11 dan banyak lagi.

ROG Flow Z13 2

Harga Jualan

Terdapat 3 model yang ditawarkan dan berikut adalah harga rasminya di Malaysia:

  • GZ301Z-CLD132W – RM7999
  • GZ301Z-ELD236W – RM8799
  • GZ301Z-ELC214W – RM15999

Bersempena kehadirannya, harga tersebut adalah merangkumi item bundle yang mana menerima beg ROG, pen ASUS dan tetikus ROG Impact Gaming.

Manakala model paling berkuasa dan premium pula akan menerima beg ROG, pen ASUS, tetikus ROG Chakram Core dan fon kepala ROG Delta. Model ini turut ditawarkan dengan bundle ROG XG Mobile yang hadir dengan kad grafik RTX3080 16GB GDDR6 bagi yang mahukan peranti lebih berkuasa untuk gaming.

Model GZ301Z-CLD132W dan GZ301Z-ELD236W sudah pun tersedia di pasaran tempatan. Sementara model GZ301Z-ELC214W pula bakal dijual bermula April 2022.

Baca juga:

  • Ini Sebab Mengapa Anda Perlu ‘Restart’ Telefon Setiap Minggu

  • vivo Y21T Akan Tersedia Di Malaysia Beberapa Hari Sahaja Lagi

  • Nvidia Umum GPU H100 Terbaharu, Sistem AI Terpantas Di Dunia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY