Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Phone (1)

Ini Rupa Sebenar Nothing Phone (1), iPhone Kacukan Android

Diterbitkan Jun 17, 2022 · Dikemas kini Jun 17, 2022 oleh Amsyar Latif

Bukan imej komputer atau khabar angin, Nothing tempoh hari secara rasminya memperlihatkan rekaan telefon pintar pertama mereka.

Kini, rekaan penuh peranti tersebut diperlihatkan kepada umum. Berdasarkan video yang dikongsikan di YouTube, Nothing phone (1) mempunyai panel belakang lut sinar dan sisi rata.

Secara keseluruhannya, ia mirip rupa sebuah iPhone tetapi hadir dengan kacukan telefon Android. Mengapa?

Ini kerana di bawahnya terletak port USB-C, sistem pembesar suara, butang laras audio pada sisi kiri dan butang kuasa pada sisi kanan. Dua tetapan kamera belakang pula seolah-olah seperti iPhone 12.

Namun, “kelebihan” yang ada pada Nothing phone (1) ini, ia mempunyai pencahayaan LED pada keliling kameranya dan juga pada bahagian bawah belakang peranti.

Lampu LED itu mungkin adalah semata-mata untuk pemberitahuan notifikasi sahaja. Bukanlah seperti peranti-peranti gaming yang berada di pasaran.

Walau apa pun, spesifikasi Nothing phone (1) masih lagi misteri. Adakah ia sebuah peranti andalan atau mungkin sebuah telefon berkelas pertengahan premium.

Sumber: gsmarena

Baca juga:

  • Nothing phone (1) Rasmi Bulan Depan, Segala ‘Hype’ Akan Dibongkar
  • Revolusi Atau Tunggang Legasi? Nothing Dibuai ‘Hype’ OnePlus
  • Nothing Phone (1) Diumum – Ini Yang Anda Perlu Tahu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY