Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

POCO C31 Rasmi, Hadir Dengan Cip MediaTek Helio G35

Posted on September 30, 2021

POCO hari ini melancarkan POCO C31 yang mana ia merupakan ahli baharu selepas POCO C3. Melihat padanya, tidak banyak perbezaan baharu yang wujud berbanding model terdahulu.

Telefon ini didatangkan dengan cip MediaTek Helio G35 bersama konfigurasi memori 3GB atau 4GB RAM serta storan dalaman 32GB atau 64GB. Turut mempunyai storan tambahan dengan kad mikroSD sehingga 512GB.

Skrin ditawarkan sebesar 6.53 inci dengan resolusi HD+ dan takuk kecil yang menempatkan lensa swafoto 5MP. Di belakang pula, hadir lensa utama 13MP serta 2MP untuk makro danĀ depth.

Bateri berkapasiti 5000mAh yang dikatakan mampu bertahan sehingga 2 hari. Selain itu, turut mempunyai penutup getah dan disaluti P2i nano-coating bagi melindungi port serta slot SIM daripada percikan air atau debu.

Terdapat dua pilihan warna Royal Blue dan Shadow Grey. Sementara harga jualan adalah bermula INR8499 (~RM479). Berkemungkinan telefon ini tidak dibawa masuk ke Malaysia.

Sumber: POCO India

Baca juga:

  • Ini Senarai Telefon Xiaomi Yang Sokong Fungsi ‘Tambah’ RAM
  • Prestasi Xiaomi 11T Pro Didakwa Akan Menjadi Perlahan Walaupun Peranti Tidak Terlampau Panas
  • Xiaomi Civi Dilancarkan, Fokus Kemampuan Gambar Swafoto

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress