Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dubai skyport render 1

Dubai Akan Tawar Perkhidmatan Teksi Terbang Pertama Di Dunia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan September 19, 2024 ยท Dikemas kini September 19, 2024 oleh ariff bukhari

Teksi terbang Dubai dijangka tiba pada akhir tahun depan dengan penerbangannya berlepas dari empat lokasi utama di bandar itu.

Penawaran perkhidmatan pengangkutan futuristik itu adalah hasil kerjasama antara Pihak Berkuasa Jalan dan Pengangkutan Dubai, JOBY Aviation dan Skyports Infrastructure.

Ia sekali gus akan menyaksikan Dubai menjadi bandar pertama di dunia yang mempunyai pengangkutan udara dalam bandar.

JOBY Aviation
Teksi Terbang Dubai ini akan dapat membawa seorang juruterbang dengan empat penumpang dan terbang pada kelajuan sehingga 200 batu sejam (~320kpj).

Telah disahkan bahawa empat vertiport pertama (yang membolehkan teksi berlepas dan mendarat secara menegak) akan terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, Pusat Bandar Dubai, Marina Dubai dan Palm Jumeirah.

Yang pertama daripada empat lokasi ini akan mula beroperasi pada awal 2026.

Dubai Akan Tawar Perkhidmatan Teksi Terbang Pertama Di Dunia Tidak Lama Lagi

Perjalanan antara DXB (Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai) dan Palm Jumeirah akan mengambil masa kira-kira 10 minit dengan pengangkutan udara ini berbanding 45 minit yang diambil kenderaan darat pada masa ini.

Ketinggian penerbangan dengan teksi terbang ini pula akan berada antara 1,000 dan 3,000 kaki di udara.

Semasa pelancarannya nanti, mungkin hanya akan ada beberapa teksi terbang ini, tetapi JOBY Aviation berkata mereka merancang untuk mempunyai armada sekitar 100 buah teksi terbang beroperasi.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: TimeOut Dubai, Joby Aviation

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY