Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dua Tahun Lagi, Komputer Mac Mungkin Akan Guna Cip Pemprosesan Yang Sama Seperti iPhone Dan iPad

Dua Tahun Lagi, Komputer Mac Mungkin Akan Guna Cip Pemprosesan Yang Sama Seperti iPhone Dan iPad

Diterbitkan Oktober 21, 2018 oleh Helmi Samsuri

Khabar angin mengenai barisan komputer Apple akan dilengkapi dengan cip yang sama seperti iPhone dan iPad sudah lama bertiup.

Kali ini ia kembali hangat diperkatakan setelah penganalisis sekuriti, Ming-Chi Kuo, meramalkan peralihan cip komputer Mac dari Intel kepada cip siri A bakal bermula dua atau tiga tahun lagi.

Perubahan itu dikaitkan dengan tiga faktor, pertama, cip mudah alih sekarang berkemampuan untuk menjalankan proses yang berat.

Kedua, cip siri A yang sedia dipasang pada siri iPhone sekarang sangat kompetitif dan pertukaran dari Intel x86 kepada cip mereka sendiri dilihat memberi lebih kawalan kepada Apple serta dapat menyeragamkan komponen peranti.

Alasan terakhir adalah bagi menangani risiko kekurangan stok Intel. Minggu lalu, terdapat laporan yang menyatakan stok CPU Intel berkurang dalam jangkamasa lebih kurang 6 bulan.

Peralihan untuk dari cip Intel kepada cip siri A itu mungkin tidak melibatkan kesemua model Macbook dan barangkali ia dimulai dengan Macbook 12 inci.

Jika anda pengguna Macbook, apa pendapat anda tentang ramalan ini?

Sumber: The Register – 1, 2

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY