Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro Sports Plus Pack

Dua Pek TV Astro Kini Dah Ada Netflix, Harga Serendah RM129.99 Sebulan

Diterbitkan Oktober 19, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Astro memilih untuk memperkukuhkan lagi kandungan yang terdapat di dalam pek baharu iaitu Pek Sports Plus dan Movie Plus. Kedua-dua pek ini memiliki semua saluran yang anda idamkan malah disertakan beberapa aplikasi penstriman seperti beIN Sports Connect, Disney+ Hotstar, dan HBO GO.

Kini, Astro juga menyelitkan beberapa tambahan baharu iaitu Netflix serta rancangan Korea dan Seram terbaik hanya serendah RM129.99 sebulan.

Kelebihan diberikan kepada peminat sukan kerana mereka kini dapat menikmati kesemua 64 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 serta perlawanan sukan terbesar. Mereka juga dapat menonton Netflix dengan lancar pada masa yang sama.

Astro Sports Plus Pack

Pek Sports Plus dilengkapi dengan Netflix serta aksi sukan terbesar dalam 4k seperti Piala Dunia Qatar 2022, Liga Perdana, Formula 1, UFC, NBA, Liga Juara-Juara UEFA dan banyak lagi.

Terdapat juga aplikasi BeIN SPORTS CONNECT yang memiliki akses kepada liga bola sepak utama Eropah seperti UEFA Europa League, La Liga, Ligue 1 dan on-demand, sebagai tambahan kepada lebih 3,000 jam siaran secara langsung sukan tenis termasuk Piala ATP dan Laver.

Astro Movie Plus Pack

Pek Movie Plus memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati drama Korea yang popular seperti The Golden Spoon dan One Dollar Lawyer serta rancangan pelbagai Korea.

Terdapat juga beberapa siri popular yang terbaru dari Marvel Studios  seperti She-Hulk : Attorney Law dan Everything All at Once, pengembalian siri perjalanan masa klasik, Quantum Leap dan musim kedua drama fiksyen sains popular, La Brea di HBO GO. 

Berkaitan

  • Apple Dilapor Tangguh Rancangan Beli Cip Memori Daripada YMTC
  • Dah Macam MySpace, Instagram Dikatakan Sedang Uji Lagu Di Profil Pengguna
  • Siri Pixel 7 Bakal Menerima Google One VPN Secara Percuma Menjelang Disember 2022
  • YouTube Tamatkan Ujian Yang Terhadkan Resolusi 4K Untuk Pengguna Premium
  • Netflix Kenalkan "Profile Transfer", Ini Cara Pindahkan Data Profil Lama Ke Akaun Baru

Sempena pelancarannya, setiap pelanggan baharu berpeluang untuk menikmati salah satu daripada pek-pek ini dengan hanya RM119.99 sebulan selama 18 bulan.

Sumber : Siaran Akhbar Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY