Dua Kerentanan Keselamatan Diceroboh, Microsoft Beri Amaran Kepada Pengguna Windows

Microsoft memberi amaran kepada pengguna Windows mengenai serangan yang disasarkan secara aktif untuk mengeksploitasi dua kerentanan yang terdapat pada Windows dan memberi kesan kepada semua versi Windows yang menyokong.

Kerentanan itu terdapat pada Windows Adobe Type Manager Library, dimana ia membenarkan aplikasi untuk menguruskan dan memasang font yang tersedia daripada Adobe Systems. Penceroboh mungkin boleh mengeksploitasi kerentanan tersebut dengan mendapatkan sasaran mereka untuk membuka dokumen atau melihatnya dalam Preview Pane Windows.

Microsoft kini sedang berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut dan dijangka akan dilepaskan melalui kemaskini pada 14 April nanti. Dalam pada itu, Microsoft juga telah memberi beberapa panduan kepada pengguna untuk mengurangkan risiko serangan itu.



Pertama, pengguna Windows dinasihat untuk nyahaktif Preview Pane dan Details Pane pada Windows Explorer. Seterusnya, nyahaktif perkhidmatan WebClient dan namakan semula ATMFD.DLL.

Langkah-langkah bagi setiap cara tersebut boleh dilakukan melalui pautan ini.

Sumber: Engadget