Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Twitter X

Meta, Microsoft, Ratusan Syarikat Turut Miliki Tanda Dagang ‘X’

Diterbitkan Julai 26, 2023 ยท Dikemas kini Julai 26, 2023 oleh Amalina Athman

Keputusan Elon Musk untuk menjenamakan semula Twitter sebagai ‘X’ sepenuhnya mungkin sukar, berikutan beberapa syarikat termasuk Meta dan Microsoft turut memiliki hak harta intelek untuk huruf tersebut.

Berkaitan

  • Tiada Lagi Twitter Inc., Kini Dikenali Sebagai X Corp.
  • Trafik Twitter Merudum, Threads Catat Peningkatan Harian Pengguna Aktif
  • Tiada Lagi Burung Biru, Twitter Akan Dikenali 'X' Dengan Logo Baharu

Huruf X telah digunakan secara meluas dalam tanda dagang, yang mungkin bermakna syarikat itu bakal berhadapan tuntutan undang-undang bagi mempertahankan jenama X pada masa akan datang. Peguam tanda dagangan Josh Gerben berkata,

There’s a 100% chance that Twitter is going to get sued over this by somebody,

Menurutnya, hampir 900 pendaftaran tanda dagang di Amerika Syarikat sudah menggunakan huruf X dalam pelbagai industri.

Sejak 2003, Microsoft telah memiliki tanda dagang X yang berkaitan dengan komunikasi dalam sistem permainan video Xbox. Sementara Meta, yang baru-baru ini melancarkan Threads sebagai pesaing Twitter, telah memiliki cap dagang (didaftarkan 2019) huruf X berwarna biru dan putih dalam bidang perisian dan media sosial.

Meta dan Microsoft mungkin tidak akan mengambil tindakan undang-undang, melainkan jika kedua-dua syarikat itu berasa terancam penjenamaan Twitter kepada X boleh mengganggu kepentingan jenama mereka.

Sebagai selingan, pautan X.com yang sebelum ini tidak aktif, kini telah dihalakan ke Twitter.com.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY