Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 28 Tahun, Microsoft Hentikan Sokongan WordPad

Selepas 28 Tahun, Microsoft Hentikan Sokongan WordPad

Diterbitkan September 4, 2023 ยท Dikemas kini September 4, 2023 oleh Amalina Athman

Microsoft kini mengumumkan bahawa ia telah menamatkan sokongan WordPad dan akan dialih keluar dalam kemas kini Windows akan datang.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Cara Membuka Dokumen Berformat "docx" Daripada Microsoft Words Pada Google Doc
  • Cara Membuka Fail Berformat PDF Pada Microsoft Excel

Dengan menamatkan sokongan WordPad, syarikat itu kini mencadangkan pengguna untuk menggunakan Microsoft Word untuk dokumen teks seperti .doc dan .rtf serta Windows Notepad untuk dokumen teks biasa seperti .txt.

WordPad is no longer being updated and will be removed in a future release of Windows.

Mengimbas kembali, WordPad secara automatik telah dipasang dalam sistem Windows sejak Windows 95 dilancarkan pada tahun 1995. Secara asasnya, WordPad merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna mencipta dan menyunting dokumen dengan format teks serta memasukkan imej dan pautan ke fail lain.

Selepas 28 tahun berlalu, Microsoft menghentikan kemas kini WordPad kerana ia tidak lagi di bawah pembangunan aktif.

Sumber: Microsoft via BleepingComputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY