Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Mula Paparkan Lebih Banyak Iklan Pada Aplikasi Outlook

Microsoft Mula Paparkan Lebih Banyak Iklan Pada Aplikasi Outlook

Diterbitkan Ogos 23, 2022 oleh Amalina Athman

Outlook merupakan aplikasi perkhidmatan e-mel popular daripada Microsoft. Sehingga kini, ia sudah pun mempunyai kira-kira 500 juta pengguna di seluruh dunia. Memandangkan sesiapa sahaja boleh menggunakan aplikasi itu secara percuma, ia ditawarkan bersama sokongan iklan.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah lebih agresif, Microsof kini dikatakan mula memaparkan lebih banyak iklan untuk pengguna di aplikasi Outlook, pada peranti Android dan iOS.

Berkaitan

  • Outlook.com Tawar Pelan Premium Tanpa Iklan Dengan 5 Alamat Emel - Dengan Harga
  • Cara Melindungi Fail Microsoft Word Dengan Kata Laluan

Bagi yang tidak biasa, Outlook menyediakan dua pilihan untuk menguruskan peti masuk. Pilihan pertama, yang dinamakan “Focused” hanya menunjukkan e-mel yang dianggap penting, manakala “Other” menunjukkan semua e-mel.

Microsoft Mula Paparkan Lebih Banyak Iklan Pada Aplikasi Outlook

Sebelum ini, Microsoft hanya meletakkan iklan pada tab “Other” untuk pengguna percuma. Namun, aplikasi Outlook kini menambah lebih banyak iklan termasuk di bahagian peti masuk “Focused”. Lebih mengelirukan, pengguna mungkin akan tersalah anggap iklan tersebut sebagai e-mel sebenar.

Ini bermakna, pengguna percuma aplikasi Outlook tidak lagi boleh mengelak untuk melihat paparan iklan melainkan membayar langganan Microsoft 365.

Dalam pada itu, jurucakap Microsoft turut mengesahkan perkara berkenaan kepada The Verge, di mana pengguna percuma akan melihat lebih banyak iklan dalam aplikasi Outlook.

Pengguna boleh meleret untuk menyembunyikan atau memadam iklan, akan tetapi aplikasi itu akan memaparkan iklan lain di tempat yang sama, sebagai ganti iklan yang telah disembunyikan.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY