Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Dijangka Lancarkan Surface Book 3 Dan Surface Go 2 Pada Bulan Hadapan

Microsoft Dijangka Lancarkan Surface Book 3 Dan Surface Go 2 Pada Bulan Hadapan

Diterbitkan April 21, 2020 oleh Amalina Athman

Microsoft kini dijangka bakal melancarkan Surface Book 3 dan Surface Go 2 pada bulan hadapan. Melalui maklumat yang tertiris, ia turut memberikan bayangan Microsoft merancang untuk menggunakan cip pemprosesan Intel 10th Gen pada Surface Book 3, dengan 32GB RAM dan storan 1TB.

Selain itu, ura-ura turut menyatakan Microsoft akan beralih kepada cip grafikĀ  Nvidia Quadro bagi beberapa model Surface Book 3. Dengan itu, Surface Book 3 mungkin akan menjadi lebih baik bagi pereka, animator dan jurutera yang bergantung pada kekuatan kad grafik Quadro yang dioptimumkan untuk beberapa aplikasi pro berbanding permainan.

Microsoft Dijangka Lancarkan Surface Book 3 Dan Surface Go 2 Pada Bulan Hadapan

Dalam pada itu, Surface Go 2 yang merupakan tablet bersaiz kompak turut dijangka hadir dengan menawarkan Intel Core m3, di samping pilihan pemprosesan Intel Pentium Gold.

Seperti yang dilaporkan, antara ciri lain Surface Go 2 termasuk mempunyai skrin bersaiz 10.5 inci dengan bezel yang lebih nipis seperti yang terdapat pada Surface Laptop 3. Dari segi rekaan luaran, ia dikatakan sama seperti model sebelumnya.

Model Intel Core m3 ini dijangka bakal dilengkapkan dengan 8GB RAM, 128GB storan dan sambungan LTE.

Walaupun laporan menyatakan Microsoft akan memperkenalkan keluarga baru Surface ini pada bulan Mei, namun perancangan tersebut mungkin berubah berikutan penularan pandemik Covid-19.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY