Ini bermakna, anda boleh membuat suntingan Excel, Powerpoint dan Word tanpa perlu membuka aplikasi yang berlainan. Selain itu, anda dapat mengimbas dokumen dengan Office Lens, membaca kod QR atau mengakses fail OneDrive dengan aplikasi ini.
Namun, terdapat satu masalah di mana aplikasi baru ini tidak berfungsi sepenuhnya bagi tablet atau Chromebook di mana tiada mod landskap yang disediakan. Aplikasi ini juga masih belum ditawarkan bagi pengguna iOS. Pada masa ini, ia hanya tersedia untuk pengguna Android.
Selama bertahun-tahun, Microsoft menegaskan aplikasi berasingan untuk setiap tugasan, yang memerlukan anda menggunakan setiap aplikasi tersebut untuk menyelesaikan sesuatu. Dengan aplikasi semua dalam satu ini, ia mungkin dapat menjimatkan masa anda untuk melakukan tugasan yang memerlukan penggunaan lebih dari satu aplikasi Office.
Untuk muat turun aplikasi Microsoft Office: Word, Excel, PowerPoint & More, anda boleh ke pautan ini.
Sumber: Engadget melalui Android Police
Berkaitan
- Microsoft Sahkan Berminat Ambil Alih TikTok Di Amerika Syarikat
- Microsoft, Google, Cisco, Dell Sertai Facebook Dakwa Syarikat Sekuriti Siber Dari Israel
- Dua Kerentanan Keselamatan Diceroboh, Microsoft Beri Amaran Kepada Pengguna Windows
- Nvidia Dan Microsoft Umum Kerjasama Untuk Bangunkan Superkomputer AI
- Microsoft Cadang Mahu Bangunkan "Super App", Gabung Perkhidmatan Dalam Satu Aplikasi
- Selepas 28 Tahun, Microsoft Hentikan Sokongan WordPad
- Microsoft Dilapor Mahu Labur Lebih RM43.7 Bilion Untuk Pembangun ChatGPT
- Microsoft Perbaharui Polisi, Pekerja Boleh Cuti Tanpa Had
- Microsoft Mula Paparkan Lebih Banyak Iklan Pada Aplikasi Outlook
- Microsoft Umum Kerjasama Dengan Mistral AI