Dua Beg ROG Baharu Kini Tiba Buat Pasaran Tempatan, Harga Bermula RM399

Republic of Gamers (ROG) Malaysia telah melancarkan dua beg baharu untuk pasaran Malaysia iaitu ROG Archer Backpack dan ROG Ranger BP2701 Gaming Backpack.

ROG Archer Backpack 15.6 (BP1505 )



ROG Archer Backpack ini dijual pada harga RM399 dan ia sesuai digunakan dalam banyak acara. Dengan kapasiti 16 liter, ia juga boleh dimasukkan dengan komputer riba bersaiz 15.6 inci. Di samping itu, dia juga mempunyai 3 compartment luar, sesuai untuk tablet, botol dan payung.

Ia boleh digunakan sebagai beg galas dengan tali tradisional selain beg bimbit
dengan pemegang, atau sebagai beg bahu dengan tali boleh tanggal. Penggunaan bahan Cordura 610D sebagai fabrik tahan lasak dan kalis air, dengan zip YKK dan Duraflex menjamin kepanjangan hayatnya,

ROG Ranger Gaming Backpack (BP2701)



Beg ROG Ranger BP2701 ini berharga RM469 dan ia mampu mampu memuatkan komputer riba sehingga 17 inci dan berkapasiti 22 liter. Selain itu, ia juga kalis air, sesuai untuk digunakan sewaktu cuaca buruk dan diperbuat daripada bahan tahan calar.

Dengan dimensi 315 x 490 x 155 mm, ia menggunakan poliester 600D sebagai bahan utama. Untuk bahagian luaran, ia memiliki 2 poket di sisi dan satu di bahagian atas.

Kedua-duanya hanya tersedia dalam warna hitam dan boleh didapati mulai hari ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman sesawang ROG.

Sumber: Siaran Akhbar ROG

Baca juga: