ASUS ROG Strix SCAR 2022 Kini Di Malaysia Bermula RM10,699

Baru-baru ini, ASUS Republic of Gamers (ROG) telah membawa masuk 2 model baharu Strix ke dalam Malaysia iaitu Strix SCAR dan Strix G. Namun artikel ini hanya memfokuskan pada ROG Strix SCAR yang menggunakan cip pemprosesan baharu dari Intel dan perkenalan kepada memori DDR5.

ASUS ROG Strix SCAR menggunakan cip pemprosesan terbaharu dari Intel iaitu Intel Core i9-12900H. Ia juga dilengkapi dengan sistem penyejukan untuk mengelakkan suhu tinggi yang melampau pada CPU. Oleh itu, ia menggunakan solusi Thermal Grizzly yang mana ia mampu menurunkan suhu CPU sebanyak 15°C.



Ditambah pula dengan 84 bilah kipas Arc Flow Fan , ia mampu memberikan pengudaraan yang baik untuk kesemua 4 lubang ekzos pada komputer riba ini.

Tidak cukup dengan itu, Strix SCAR menggunakan skrin jenis IPS dengan kadar segar semula 360Hz, HDR Dolby Vision.

Tambahan pula, kesemua siri model Strix ini disertakan dengan Dolby Atmos serta menyokong audio Hi-Res untuk fon kepala. I/O panel pula, terdapat 2 USB A 3.2, 1 USB C 3,2, 1 HDMI 2.1, bicu audio dan 2.5Gigabit lubang LAN dan ia mempunyai sokongan Thunderbolt 4 untuk pemindahan fail yang lebih pantas.

ROG Strix SCAR 15 dan 17 mempunyai 2 Varian. Hampir kesemua spesifikasi model ini masih sama seperti ia menggunakan Intel Core i9-12900H, 32GB RAM 4800MHz DDR5, GPU terbina Intel Iris X Graphic dan beberapa spesifikasi lain seperti yang telah dinyatakan tadi.

Perbezaannya hanya pada GPU dan Storan iaitu varian rendah, ia menggunakan GPU NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti 8GB GDDR6 MUX Switch + Optimus, Storan 1TB M.2 NVMe PCIe 4.0 SSD.

Manakala varian lebih berkuasa pula, ia menggunakan GPU NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti 16GB GDDR6 MUX Switch + Optimus dan storan 2TB M.2 NVMe.



Harga untuk kesemua model ROG Strix SCAR ini adalah:

Varian rendah

  • ROG Strix SCAR 15- RM10,699

  • ROG Strix SCAR 17- RM10,999


Varian tinggi

  • ROG Strix SCAR 15- RM16,699

  • ROG Strix SCAR 17- RM16,999


Dengan setiap pembelian, anda mendapat beberapa barangan ROG seperti ROG Keystone, 2 keping Armor Caps, beg ROG dan tetikus Chakram Core P511. Jika anda beli varian tinggi anda akan mendapat 1 lagi item iaitu set kepala ROG Delta.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik sini, ROG STRIX SCAR 17, ROG STRIX SCAR 15

Sumber:

Siaran akhbar ASUS

Baca juga: