Dron Dilengkapi Dengan Cakera Keras - Produk Terbaru Dari Seagate Dan DJI

Seagate telah mengumumkan sebuah produk baru berupa cakera keras yang dibina khas untuk pengguna dron.

Awal Januari yang lalu, Seagate dan DJI telah bekerjasama untuk menyelesaikan masalah storan terhad yang sering dihadapi oleh pengguna dron.

Seagate DJI Fly Drive merupakan hasil dari kerjasama antara dua syarikat tersebut dan ia bukan cakera keras yang biasa kerana ia mempunyai slot kad MikroSD.

Seagate_DJI-980x420

Apa yang ditawarkan oleh Seagate DJI Fly Drive:

  • Kapasiti storan sehingga 2 TB

    • Mampu menyimpan video 4K 30fps berdurasi 60 jam  bersamaan 25o kali penerbangan DJI Mavic Pro.



  • Slot Kad MikroSD terbina

    • Mudah dan pantas untuk memindahkan fail kedalam komputer. Sokongan kad MikroSD dengan kelajuan UHS-II



  • Bumper pelindung

    • Berfungsi melindung cakera keras dari hentakan. Terdapat port USB-Type C



  • Port USB 3.1 Type-C

    • Membolehkan data dipindahkan secara pantas. Boleh digunakan pada 2 platform Windows dan Mac.




Cakera keras ini bakal dijual pada harga $120 (~RM521.66).

Sumber: Seagate