Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengarahkan SKMM untuk mengambil tindakan terhadap iklan jualan semula tiket Coldplay sudah berlegar di media sosial.
KSU KKD memaklumkan isu jualan tiket konsert bukan di bawah bidang kuasa KKD. Saya akan hubungi KPDN @MyDSA_official untuk tindakan.
— Fahmi Fadzil ?? (@fahmi_fadzil) May 17, 2023
Memandangkan isu ini di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup, maka dapat kita faham bahawa KKD dalam bidang kuasanya mampu mengambil tindakan terhadap iklan tiket di internet.
{suggest}
Ini susulan isu ‘scalper‘ dalam pembelian tiket konsert Coldplay yang menyaksikan tiket habis terjual hanya dalam masa beberapa jam.
Di media sosial, tular video pihak tidak bertanggungjawab menggunakan bot untuk menempah tiket.
@whoops_tv BOIKOT SCALPER ULAT#coldplaykl
Ini mengundang kemarahan peminat kumpulan tersebut kerana pihak yang dipercayai ‘scalper’ ini akan menjual semula tiket pada harga yang melampau.
Dengan menggunakan bot, individu tidak perlu menghadap PC atau telefon pintar kerana bot tersebut yang akan melakukannya secara automatik.
?PSA : SCAMMER ALERT?
Ada kawan kita dah hilang rm1k+ macam tu je kat scammer. Admin dah pesan berkali-kali, jangan layan reseller or scalpers sekarang ni.
Ramai masih dalam keadaan terdesak utk dapatkan tiket dan tak boleh nk think wisely, memang jadi mangsa scammer lah ??♂️ https://t.co/VW8Lv16vlg pic.twitter.com/xoAYBxSfec
— Coldplay Malaysia (@ColdplayMsia) May 17, 2023
Sejurus selepas selesai jualan, ‘scalper’ didapati terus mengiklankan tiket diperoleh mereka dengan harga tinggi.
Misalnya, tiket berharga RM498 dijual pada RM1288. Ini hanya melalui carian kami sendiri tapi sebenarnya masih ada lagi scalper yang jual pada harga jauh lebih tinggi sehingga RM43,000.
Ini keterlaluan – isu tiket di bawah @KPDN_HQ . InsyaAllah saya bangkit dgn @MyDSA_official https://t.co/J88h3bAEUZ
— Fahmi Fadzil ?? (@fahmi_fadzil) May 17, 2023
Penyanyi legenda, Sheila Majid di Insta Story juga telah meluahkan rasa marah tentang situasi dicipta ‘scalper’ ini dan berkata lebih baik beliau hadir ke konsert Coldplay di luar negara berbanding tunduk pada ‘scalper’.
Sumber: BERNAMA