Casuarina Sini-Drive telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Menurut syarikat Casuarina Meru, ini adalah panggung pandu masuk pertama yang dilengkapi dengan laman web dan sistem tiket dalam talian sendiri.
Pasti anda berfikir macam mana nak dengar bunyi dari filem yang ditayangkan? Adakah anda perlu menurunkan tingkap kereta sepanjang menonton filem?
Jangan risau! Anda boleh mendengar melalui radio kereta anda sendiri kerana sudah ada tetapan frekuensi radio khas untuk menonton filem di sini. Bukan itu sahaja, Casuarina Sini-Drive dapat memuatkan sebanyak 70 buah kereta dalam satu masa.
Panggung pandu masuk ini merupakan salah satu usaha untuk memajukan sektor pelancongan negeri Perak yang telah terjejas akibat pandemik Covid-19.
Tiket dijual bermula dari harga RM36 hingga RM42 untuk setiap kereta dan disertakan dengan satu set snek makanan dan minuman. Pengunjung boleh mula menonton filem bermula dari jam 8 malam hingga 11 malam setiap hari kecuali hari Isnin.
Jika anda berminat, anda boleh membuat tempahan tiket di laman web rasmi Casuarina Sini-Drive.
Sumber: FMT
Baca lagi: Siri Dan Filem Seram Terbaik Anda Wajib Tonton Di Netflix
Berkaitan
- Samsung Lancar Siri TV Neo QLED 8K 2022, Harga Saing-Saing Myvi
- Elon Musk Berkata Mindanya Sudah Dimuat Naik Ke Dalam 'Cloud'
- 'Giveaway' Tumbler Starbucks x Undefeated Sehingga 2 Ogos
- Indonesia Jadikan Aplikasi Pengesan Covid-19 Untuk Edar Minyak Masak
- Netflix Dikhabarkan Akan Wujudkan Iklan Hujung Tahun Ini
- Apple Dilapor Lantik Pakar Lamborghini Untuk Bina Kereta Elektrik
- Pemain Pokémon Go Nanti Boleh 'Chat' Melalui Aplikasi Sosial Baru
- Video Acah Pertama 'The Batman' Memperlihatkan Robert Pattinson Sebagai Dark Knight
- Studio Ghibli - Terkenal Dengan Animasi Berkualiti Tinggi
- Daging Cetakan 3D Pertama Di Dunia, 'Meat of the Future'