Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
indonesia

Indonesia Jadikan Aplikasi Pengesan Covid-19 Untuk Edar Minyak Masak

Diterbitkan Jun 29, 2022 · Dikemas kini Jun 29, 2022 oleh Nadiah Ab

Di Malaysia, ada MySejahtera. Di Indonesia, ada PeduliLindungi. Kedua-dua aplikasi ini berkongsi tujuan yang sama tapi ada satu yang membezakannya.

Menariknya, aplikasi dari Indonesia itu akan digunakan untuk mengedar minyak masak murah sebagai langkah untuk memastikan subsidi minyak mencapai sasaran mereka.

Seperti MySejahtera, PeduliLindungi membolehkan orang ramai mengimbas kod QR untuk pengesahan status kesihatan dan vaksinasi.

Selaras dengan pemberian subsidi minyak, rakyat negara itu akan dibolehkan untuk membeli sebanyak 10 kilogram minyak masak bersubsidi setiap hari.

Rachmat Kaimuddin, pemangku timbalan di Kementerian Penyelarasan Maritim berkata orang ramai boleh mengimbas kod QR dan aplikasi akan menunjukkan warna hijau, bermakna boleh membeli minyak masak, atau merah jika telah memenuhi kuota pembelian.

Indonesia selaku pengeluar sawit terbesar dunia, telah mendorong pengedaran minyak masak murah sebagai usaha untuk mengawal harga minyak tempatan.

Sumber: Bloomberg

Gambar utama: detikfinance

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY