Siri Dan Filem Seram Terbaik Anda Wajib Tonton Di Netflix

Netflix tidak hanya menampilkan banyak pilihan filem seram, malah perkhidmatan ini juga mempunyai banyak siri dan filem hebat yang menakutkan yang harus anda tonton. Tidak kira sama ada anda mencari sesuatu yang bersifat paranormal, jenayah, thriller, supernatural, slasher, atau Satanic, segalanya ada di Netflix.


Sudah tentu, tidak semua pilihan genre seram mempunyai kualiti yang sama, dan sukar untuk anda mencari pilihan yang tepat. Setelah anda berjaya membaca senarai siri dan filem menyeramkan berikut, jangan lupa untuk menonton!

1. The Haunting of Hill House

siri dan filem seram terbaik netflix


Diadaptasi dari novel yang bertajuk sama oleh Shirley Jackson, musim pertama The Haunting of Hill House meninjau semula novel tersebut dari perspektif dua naratif.


Musim pertama mengisahkan adik-beradik yang kembali ke rumah lama mereka sambil memikirkan tentang peristiwa lama yang mendorong mereka keluar dari rumah tersebut. Siri ini adalah salah satu drama paling provokatif yang berjaya memaparkan kesedihan, trauma, dan sekaligus benar-benar menakutkan.


Musim kedua, The Haunting of Bly Manor, berdasarkan novel Henry James, The Turn of the Screw, akan hadir di Netflix pada akhir tahun ini. Maka, ini masa yang tepat untuk anda menonton Hill House.

2. Under the Shadow


siri dan filem seram terbaik netflix

Under the Shadow merupakan sebuah filem seram dari Iran yang mengisahkan seorang wanita yang dihantui oleh seorang jin. Berlatarbelakangkan Perang Iran-Iraq pada tahun 1980-an, ketegangan meningkat dengan kenyataan bahawa dunia di luar rumah sama berbahaya dengan yang ada di dalam rumah.

Watak utama, Shideh (Narges Rashidi) berhadapan dengan ketakutan kehilangan suaminya dalam perang, berusaha untuk menghadap gangguan syaitan demi melindungi anak perempuannya. Saksikan filem seram arahan Babak Anvari ini di Netflix.

3. The Invitation

siri dan filem seram terbaik netflix

Selepas enam tahun menyepi, Karyn Kusama, pengarah filem Jennifer Body, kembali dengan filem thriller pada tahun 2015, The Invitation. Terletak di kawasan perumahan mewah di Hollywood Hills, Will (Logan Marshall-Green) menghadiri sebuah pesta makan malam di rumah bekas isterinya, Eden (Tammy Blanchard).

Sepanjang makan malam tersebut, Will dapat merasakan sesuatu yang mencurigakan sedang berlaku. Untuk mengetahui apakah yang benar-benar terjadi, anda boleh saksikan filem yang menguji minda dan psikologi ini di Netflix.
4. Marianne

siri dan filem seram terbaik netflix

Siri Perancis ini mengisahkan seorang penulis buku seram, Emma Larsimon (Victoire Du Bois) yang menjadi terkenal kerana siri bukunya mengenai seorang ahli sihir bernama Marianne. Malangnya, apabila Emma memutuskan untuk mengakhiri siri ini, ahli sihir itu mula muncul di dunia nyata. Marianne (Mireille Herbstmeyer) mula menghantui Emma membuatkan dia kembali menulis kisah Marianne. Saksikan siri klaustrofobia ini sekarang di Netflix.

5. I Am The Pretty Thing That Lives In The House

siri dan filem seram terbaik netflix

Ruth Wilson yang memegang watak sebagai seorang pengasuh bernama Lily, menjadi penjaga kepada seorang penulis novel seram yang menderita demensia. Tetapi ternyata mereka berdua tidak bersendirian di rumah itu.

Untuk merasakan suasana seram yang pasti anda tidak dapat lupakan, anda boleh menonton filem ini di Netflix.

Sumber: TVGuide dan Vulture