Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Lancar Siri TV Neo QLED 8K 2022, Harga Saing-Saing Myvi

Samsung Lancar Siri TV Neo QLED 8K 2022, Harga Saing-Saing Myvi

Diterbitkan Jun 7, 2022 · Dikemas kini Jun 7, 2022 oleh Nadiah Ab

Samsung baru sahaja melancarkan siri TV Neo QLED 8K, terdiri daripada model QN900B, QN800B, dan QN700B, yang telah ditambahbaik dari model keluaran sebelumnya.

Dengan berkuasakan Neural Quantum Processor 8K, ia direka dengan 20 rangkaian AI neural, yang menawarkan tontonan optimum dengan kualiti gambar yang menakjubkan.

samsung tv
Sumber: Samsung

Neural Quantum Processor 8K ini dikemaskini dengan teknologi terbaharu iaitu Real Depth Enhancer selain beresolusi Quantum HDR 64x untuk QN900B manakala 32x untuk QN800B dan QN700B.

Teknologi ini membolehkan untuk mengimbas skrin dan memaksimumkan kontras dengan latar belakang, sama seperti cara mata manusia melihat imej dalam kehidupan sebenar.

samsung tv
Sumber: Samsung

Yang menariknya, siri ini direka dengan Sistem Padanan Pantone yang mampu menghasilkan semula lebih 2,000 warna serta 110 warna tona kulit.

Tambahan lagi, ia direka dengan ciri EyeComfort Mode, menggunakan teknologi AI untuk melaraskan kecerahan dan suhu warna skrin secara automatik dengan keadaan sekeliling.

Dilengkapkan dengan Dolby Atmos Sound, QN900B menampilkan pembesar suara dengan teknologi Object Tracking Sound Pro, membolehkan pengecaman suara berfungsi dengan jelas.

samsung tv
Sumber: Samsung

Untuk pengalaman gaming pula, siri Neo QLED 8K 2022 direka dengan spesifikasi empat port sokongan HDMI 2.1, permainan Motion Xcelerator Turbo Pro 4K 144Hz, Super Ultrawide GameView dan Bar Permainan, untuk menawarkan kualiti permainan yang lebih realistik.

Samsung Lancar Siri TV Neo QLED 8K 2022, Harga Saing-Saing Myvi
Sumber: Samsung

Model Neo QLED 8K QN900B dan QN800B masing-masing ditawarkan dalam tiga varian iaitu 85 inci, 75 inci, dan 65 inci manakala QN700B ditawarkan dalam 55 inci.

samsung tv

Siri Samsung Neo QLED 8K dijual pada harga:

  • QN900B 85″ – RM49,999
  • QN900B 75″ – RM34,999
  • QN900B 65″ – RM23,999
  • QN800B 85″ – RM33,999
  • QN800B 75″ – RM 24,999
  • QN800B 65″ – RM18,999
  • QN700B 55″ – RM12,499

Samsung Lancar Siri TV Neo QLED 8K 2022, Harga Saing-Saing Myvi

TV Samsung dari siri Neo QLED 8K 2022 boleh mula didapatkan di laman web Samsung Malaysia dan peruncit Samsung berdekatan anda.

Sumber: Siaran akhbar Samsung

Baca juga:

  • Samsung Display Menamatkan Pengeluaran Paparan LCD Jun Ini
  • Foto Gergasi Ini Dirakam Dari Sensor Kamera Samsung 200MP
  • Samsung Kurangkan Pengeluaran Hingga 30 Juta Unit Semua Model

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY