Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pemain Pokémon Go Nanti Boleh ‘Chat’ Melalui Aplikasi Sosial Baru

Posted on Mei 30, 2022

Pencipta permainan Pokémon Go dilaporkan akan melancarkan media sosial “dunia nyata” mereka sendiri untuk pengguna aplikasi itu.

Menurut Niantic, syarikat di sebalik Pokémon Go, platform sosial yang dinamakan “Campfire” itu akan membolehkan pemain melihat pemain lain dalam peta, dan mengatur pertemuan kehidupan sebenar.

Dengan kejayaan Pokemon Go, Niantic berjaya mewujudkan jenis permainan komputer baharu yang menggabungkan kandungan digital dan persekitaran sebenar.

pokemon go
Sumber: TechCrunch

Dilancarkan pada tahun 2016, aplikasi itu menjadi ‘hype’ selepas dikeluarkan, menghantar berjuta-juta pengguna di seluruh dunia ke jalanan untuk mencari haiwan maya yang boleh dilihat hanya pada telefon mereka menggunakan realiti terimbuh (augmented reality).

Walaupun ‘hype’ permainan tersebut sudah tidak seperti dulu, terdapat pengguna yang masih aktif bermain.

Malah, sebahagian daripada mereka membelanjakan wang dalam aplikasi, memberikan Niantic pendapatan kukuh sehingga kini.

Sumber: engadget

Gambar utama: TechCrunch

Baca juga:

  • Pemuda Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Lebih Dari 60kg Dengan Bermain Pokemon Go
  • Atuk Pokemon Go Kini Sudah Ada 64 Telefon Pintar
  • ‘Game’ Baru, Nama Sama, FIFA Juga Akan Terbitkan Permainan Saingi EA Sports FC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress