Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
elon musk cloud

Elon Musk Berkata Mindanya Sudah Dimuat Naik Ke Dalam ‘Cloud’

Posted on Julai 20, 2022

Lelaki terkaya dunia, Elon Musk, berkata dia sudah berkomunikasi dengan versi maya dirinya selepas memuat naik mindanya ke dalam awan (cloud), atau bahasa mudahnya, ke dalam Internet.

Ini berdasarkan jawapannya kepada soalan daripada pengasas Dogecoin, Billy Markus di Twitter.

Already did it

— Elon Musk (@elonmusk) July 19, 2022

Musk mungkin merujuk kepada syarikat neuroteknologinya, Neuralink, yang sedang berusaha untuk membangunkan antara muka otak-komputer.

Peranti itu membolehkan komputer untuk menterjemah pemikiran seseorang kepada tindakan, seperti menaip atau menekan butang hanya dengan memikirkannya.

Buat masa ini, Neuralink masih belum menerima kelulusan FDA, namun Musk sebelum ini menyatakan bahawa syarikat itu merancang untuk mula menanam cip komputer dalam otak manusia menjelang 2022.

Sumber: Benzinga

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress