Daging Cetakan 3D Pertama Di Dunia, 'Meat of the Future'

daging cetakan 3d pertama di dunia

Tidak disangkal lagi, tidak ada yang dapat menandingi kehebatan inovasi ayam seperti KFC. Baru-baru ini, KFC telah mengumumkan akan mengeluarkan daging ayam cetakan 3D pertama di dunia. Syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat 3D Bioprinting Solutions di Rusia untuk mengeluarkan daging yang juga digelar "Meat of the Future." 

Menurut siaran akhbar, projek itu bertujuan untuk menghasilkan sesuatu yang sehampir mungkin dengan produk asli dari segi rasa dan rupa. Di samping itu, mereka juga dapat kekal mesra alam.

Dalam usaha untuk merealisasikan projek ini, 3D Bioprinting Solutions juga dikhabarkan sedang berusaha untuk menggunakan sel ayam dan bahan tanaman dalam menghasilkan semula rasa dan tekstur daging ayam.

Pengurus Besar KFC Rusia, Raisa Polyakova berkata,
"Our experiment in testing 3D bioprinting technology to create chicken products can also help address several looming global problems. We are glad to contribute to its development and are working to make it available to thousands of people in Russia and, if possible, around the world."

Menurutnya lagi, biomeat atau daging bio mempunyai unsur mikro yang sama dengan produk asli tanpa bahan tambahan, menjadikannya lebih bersih dan beretika memandangkan ia tidak membahayakan haiwan.

Pada masa akan datang, perkembangan pesat teknologi sedemikian akan menjadikan produk daging bercetak 3D lebih mudah diakses. Pengasas 3D Bioprinting Solutions, Yusef Khesuani mengharapkan hasil kerjasama ini dapat membantu mempercepat pelancaran produk daging berasaskan sel di pasaran.

Produk akhir yang akan menjalani ujian saringan dahulu dijangka siap di Moscow pada musim luruh ini.

Sumber: KFC Newsroom

Baca lagi: Sejarah Dan Evolusi MARVEL, 81 Tahun Dalam Dunia Filem

Berkaitan