Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb 5g

DNB, Meta Jalin Kerjasama Tubuh Makmal Inovasi Di Malaysia

Diterbitkan Mac 7, 2025 · Dikemas kini Mac 7, 2025 oleh Amalina Athman

Digital Nasional Berhad (DNB) dan Meta bekerjasama untuk menubuhkan makmal inovasi bersama di Malaysia bagi meningkatkan ketersambungan suara dan video pada platform Meta secara signifikan.

Platform Meta termasuk WhatsApp, Facebook dan Instagram.

Menurut kenyataan DNB hari ini, makmal inovasi itu akan menumpukan kepada usaha memacu kemajuan bagi meningkatkan kualiti pengalaman untuk perkhidmatan komunikasi masa nyata (RTC) di platform media sosial dan pemesejan milik Meta, dengan memanfaatkan kuasa ketersambungan 5G.

Cadangan kerjasama ini menekankan keperluan kritikal bagi memastikan penyampaian ketersambungan suara dan video berkualiti tinggi serta lancar kepada pengguna, selain memperoleh pengalaman yang terbaik.

DNB dan Meta juga akan bekerjasama untuk memuktamadkan syarat-syarat kerjasama yang dicadangkan itu.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut, DNB memaklumkan bahawa makmal inovasi bersama itu bertujuan mengoptimumkan prestasi rangkaian dan membangunkan teknologi terkini bagi memperkasa kualiti pengalaman RTC.

Selain itu, makmal berkenaan juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan penyelesaian inovatif, pengukuhan teknik pengoptimuman rangkaian bagi mengurangkan kependaman serta meningkatkan kadar bit untuk komunikasi lebih lancar dan menambah baik pengalaman pengguna bagi pelanggan rangkaian 5G DNB.

Berkaitan

  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • DNB, Ericsson Lancar Rangkaian 5G Advanced
  • DNB Laksana Penstrukturan Semula Seiring Peralihan Ke Model Dwirangkaian 5G
  • CelcomDigi Kerjasama Dengan Huawei, ZTE Untuk Integrasi AI Dalam Rangkaian Digital

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY