DJI Perkenalkan Gimbal Untuk Telefon Pintar Dan Kamera DSLR

Pengeluar dron dari China, DJI, telah memperkenalkan dua versi gimbal pada acara CES 2018 kali ini. Dua gimbal terbabit, OSMO Mobile 2 dan Ronin S bakal disasarkan kepada pengguna telefon pintar dan juga pengguna kamera DLSR.

OSMO Mobile 2



Gimbal untuk telefon pintar ini merupakan rekaan semula daripada versi lama dan kini ia dilengkapi integrasi bateri untuk rakaman 15 jam, 3 kali lebih lama daripada versi terdahulu.



Dengan rekaan terbaru, ia menampilkan kedudukan butang yang mudah diakses pengguna serta telefon pintar kini mampu diletakkan secara menegak untuk rakaman potret. Bakal dijual pada harga $129 (~RM516.37) ia jauh lebih murah dari edisi yang pertama.



Ronin S



Penstabil 3 paksi baru ini direka khas untuk kegunaan kamera DSLR mahupun mirrorless yang berbeza dari segi saiz.

Mempunyai butang kawalan yang membantu pengguna untuk mengakses sejumlah ciri yang disediakan padanya. Terdapat juga beberapa jenis aksesori tambahan seperti Focus Control Center, DJI Master Force, DJI Master Wheels dan lain-lain untuk memberikan lebih prestasi penggunaan.



Ronin S dilaporkan akan mula ditawarkan disetiap pengedar sah DJI seluruh dunia pada suku kedua tahun 2018.



Sumber: DJI