Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dji mavic mini

DJI Mavic Mini Diperkenalkan, Bersaiz Kompak Dan Mampu Terbang Sehingga 30 Minit

Diterbitkan Oktober 31, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pengeluar dron popular, DJI kini tampil lagi dengan penawaran baru dengan model yang lebih kompak dikenali sebagai DJI Mavic Mini.

Dihasilkan dengan berat 249gram, walaupun tidak mempunyai ciri mengelak halangan seperti model Mavic yang lain, ia masih dimuatkan dengan pelbagai fungsi menarik. Sesuai dengan saiznya yang kecil, ia dikatakan mudah untuk dikendalikan sesiapa jua dan lebih menyasarkan kepada aktiviti riadah serta hiburan.

DJI Mavic Mini mampu terbang pada jarak maksimum 4km dimana ia turut dijanjikan dengan tempoh penerbangan sehingga 30 minit. Bagi sistem rakaman, dron ini dilengkapkan dengan sensor kamera 1/2.3 inci yang berupa merakam video 2.7K pada 30fps, 1080p pada 60fps serta foto 12MP.

DJI Mavic Mini akan mula dipasarkan pada 11 November dengan harga $399 (~RM1667) atau terdapat juga set Mavic Mini Fly More yang menyertakan aksesori tambahan seperti bateri dan beg yang dijual pada harga $499 (~RM2084).

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY