Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ECG Apple Watch

Disahkan Langgar Paten ECG, Jualan Apple Watch Mungkin Diharamkan

Diterbitkan Disember 23, 2022 ยท Dikemas kini Disember 23, 2022 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (ITC) kini mengesahkan Apple Watch dengan ciri elektrokardiogram (ECG) telah melanggar paten milik pembuat peranti perubatan AliveCor Inc.

Menurut Reuters, ITC menyatakan import model Apple Watch itu perlu diharamkan, namun larangan tidak akan dikuatkuasakan sehingga selesai rayuan dalam tuntutan berasingan di Pejabat Paten dan Tanda Dagangan AS (USPTO), di mana panel pada awal bulan ini berkata teknologi AliveCor adalah “tidak boleh dipatenkan”, yang bermaksud bahawa ia terlalu jelas atau terlalu umum untuk dipatenkan.

Berkaitan

  • Ciri Apple Watch Ini Sekali Lagi Dilaporkan Telah Selamatkan Nyawa Pengunanya
  • Apple Watch Bantu Kesan Kanser Pada Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun
  • Apple Watch Bantu Kesan Lokasi Mangsa Kemalangan Di Melaka

Mengimbas kembali, sejurus selepas Apple Watch dikeluarkan pada 2015, AliveCor telah mengubahsuai Apple Watch dengan sensor ECG untuk mempamerkan potensi teknologi tersebut. Syarikat itu juga telah berkongsi teknologi dengan Apple dan berharap untuk mendapatkan perjanjian kerjasama.

Walau bagaimanapun, perjanjian itu tidak berlaku dan Apple sebaliknya telah memperkenalkan Apple Watch Series 4 dengan sensor ECG yang terbina dalam jam tangan pada 2018. Kemudian, pada tahun 2021, AliveCor mendakwa bahawa Apple telah mencuri patennya, dan menghantar permintaan kepada ITC untuk mengharamkan jualan Apple Watch di AS.

Kini, ia terpulang kepada Presiden Joe Biden sama ada akan menggunakan kuasa veto untuk larangan import Apple Watch atau tidak. Pentadbiran Biden mempunyai tempoh 60 hari bagi memutuskan hal itu, dan ITC menetapkan bon sebanyak $2 (~RM8.85) untuk setiap Apple Watch yang diimport dalam tempoh berkenaan, selain menunggu keputusan rayuan USPTO.

Sumber: Reuters, 9to5Mac

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY