Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
heart rate

Apple Watch Bantu Kesan Kanser Pada Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun

Diterbitkan Oktober 22, 2022 oleh Amalina Athman

Apple Watch sering dikaitkan dengan kecekapan yang ada pada jam pintar itu untuk membantu pemakainya mengesan penyakit jantung atau menyelamatkan nyawa seperti ciri Fall atau Crash Detection. 

Terbaharu, dengan bantuan pemberitahuan kadar degupan jantung pada Apple Watch, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun telah mengesan dan melakukan rawatan kanser pada peringkat awal.

Menurut laporan Hour Detroit, Jessica Kitchen telah menyedari bunyi bip berterusan daripada Apple Watch anak perempuannya, Imani Mile yang berusia 12 tahun. Ia sekali gus menunjukkan kadar degupan jantung yang luar biasa tinggi, yang mana tidak pernah berlaku sebelumnya.

Berkaitan

  • Tak Perlu Telefon, Pengguna Setel Kelak Boleh Isi Minyak Terus Daripada Apple Watch
  • Apple Watch Series 8 Diumumkan - Dilengkapi 'Crash Detection', Sensor Suhu Baharu
  • Apple Watch SE Generasi Kedua Diperkenal Dengan Harga Lebih Murah

Bimbang mengenai perkara tersebut, Kitchen telah membawa anaknya ke hospital. Pada mulanya, ia dikesan sebagai apendiks, sebelum doktor menjalankan pemeriksaan lanjut dan mendapati ianya adalah tumor dan kanser tersebut telah merebak ke bahagian badan yang lain.

Imani kemudiannya terpaksa menjalani pembedahan semula untuk membuang kanser tersebut, dan semuanya berjalan lancar.

João Bocas, pempengaruh Kesihatan Digital menyatakan jam pintar memainkan peranan penting dalam menyokong orang ramai membina tingkah laku kesihatan yang lebih baik. Bagaimanapun, dengan memakai jam pintar sahaja tidak akan menjadi satu keajaiban, sebaliknya ia boleh meningkatkan kesejahteraan dengan gabungan bersama usaha manusia itu sendiri.

Gambar utama: Hour Detroit

Sumber: Hour Detroit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY