Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian: Jam Pintar Mampu Ramal Keputusan Ujian Darah

Ciri Apple Watch Ini Sekali Lagi Dilaporkan Telah Selamatkan Nyawa Pengunanya

Diterbitkan Mac 20, 2022 · Dikemas kini Mac 20, 2022 oleh ariff bukhari

Seorang pengguna jam pintar Apple Watch di India baru-baru ini mendakwa, Apple Watch miliknya telah menyelamatkan nyawa beliau.

Menceritakannya kembali, Nitish Chopra berkata beliau berasa tidak sedap badan dan mengadu sakit di bahagian dada. Lalu dengan bantuan isterinya, dia segera memakaikan Apple Watch 6 yang dihadiahkan oleh isterinya tahun lalu dan menggunakan ciri ECGyang ada pada jam tersebut bagi mengetahui status degupan jantungnya.

Hasil imbasan ECG Apple Watch itu mendapati degupan jantungnya tidak teratur lalu mereka segera bergegas ke hospital.

Apabila sampai di hospital, doktor yang merawatnya memaklumkan 99.9% arterinya hampir tersekat.

Terkesan dengan insiden itu, isterinya telah menulis e-mel kepada CEO Apple, Tim Cook bagi memaklumkan insiden yang menimpa dan bagaimana Apple Watch telah menyelamatkan nyawa suaminya itu.

Sebagai kejutan, Tim Cook telah membalas e-mel tersebut dan mengucapkan terima kasih atas perkongsian apa yang dialami.

Apple Watch Series 7 adalah  model terbaru yang berharga dari RM1,749.00 menggantikan versi Apple Watch 6 sejak tahun lalu.

Ciri ECG Apple Watch sudah ditawarkan untuk penggunanya di Malaysia sejak pertengahan tahun lalu.

Sumber: India Today

Baca juga:

  • Apple Watch Jadi Penyelamat Wanita Ini, Kesan Penyakit Lebih Awal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY