Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) akan menawarkan produk terbaru dari Apple, iaitu iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, barisan pro baru untuk siri iPhone pada tahun ini mempunyai spesifikasi canggih, dan juga Iphone 11 yang mempunyai kamera dwi-kamera dan mempunyai pelbagai pilihan warna. Para pelanggan boleh membuat pra-tempahan iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max dengan Digi PhoneFreedom 365 bermula 20 September 2019 ini.
Iphone 11, Iphone 11 Pro dan Iphone 11 Pro Max baru sahaja dilancarkan pada 10 September yang lalu. Iphone 11 mempunyai skrin ips lcd 6.1 inci, dijana dengan cip A13 Bionic, mempunyai dua kamera utama iaitu 12 MP, f/1.8, 26mm (wide) dan 12 MP, f/2.4, 13mm (ultrawide), 4GB RAM dan bateri berkapasiti 3110 mAh.
Manakala Iphone 11 Pro dan Iphone 11 Pro Max pula mempunyai skrin 5.8 inci dan 6.5 inci Dijana dengan cip A13 Bionic, Mempunyai tiga kamera utama iaitu 12 MP, f/1.8, 26mm (wide), 12 MP, f/2.0, 52mm (telephoto) dan 12 MP, f/2.4, 13mm (ultrawide). 6GB RAM dan bateri berkapasiti 3190 mAh bagi Iphone 11 Pro dan 3500 mAh bagi Iphone 11 Pro Max. Ketiga-tiga Iphone tersebut hadir dengan pilihan memori 64GB, 256GB dan 512GB.
Harga bagi Iphone 11 bermula dari RM 3,399, Iphone 11 Pro RM 4,899 dan Iphone 11 Pro Max RM 5,299.Untuk maklumat lanjut layari Digi.
Berkaitan
- Iphone 11 Pro Max Menewaskan Huawei Mate 30 Pro Dan Samsung Galaxy Note 10+ Dalam Ujian Bateri Oleh Mrwhosetheboss
- OPPO Reno Laris Dijual Menerusi Tawaran Dari Maxis, Celcom Dan Digi
- Switch Membuat Penurunan Harga Bagi Iphone Xs Max
- Switch Melanjutkan Promosi Program Pertukaran Bateri Iphone
- Vivo Memperlihatkan Enam Kamera Yang Terdapat Pada Vivo V17 Pro
- iPhone 11 Berjumlah Lebih RM 475,000 Telah Dicuri Di Dalam Sebuah Kereta Di Oregon
- Iphone 11 Pro Max Mendapat Skor 117 Dalam Ranking Dxomark
- Rangkaian Maxis Dan Celcom Adalah Yang Terbaik Berdasarkan Laporan Opensignal
- Digi dan Dahmakan Bekerjasama Perkenalkan Kantin Digital
- Digi Home Fiber Telah Dilancarkan Di Sabah