Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Picture 1_Representives from Digi (Head of Corporate Infrastructure Management, Sue Ann Lim) and dahmakan (Head of Corporate Solutions, Aaron Raj) at the launch (1)

Digi dan Dahmakan Bekerjasama Perkenalkan Kantin Digital

Diterbitkan Julai 4, 2019 oleh irfan suhaimee

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah bekerjasama dengan syarikat pengedaran makanan “dahmakan” untuk menubuhkan ‘kantin digital’ di premisnya. Ia bertujuan untuk untuk mendapatkan akses kepada makanan sihat dengan menggunakkan teknologi. Dengan kerjasama ini, ia merupakan usaha syarikat telekomunikasi ini untuk mendigitalkan tempat kerja dan menjaga kesejahteraan pekerja mereka. Perkongsian itu menjadikan Digi sebagai telco pertama yang memulakan konsep kantin digital ini.

Picture 2_Launch of dahmakan_s digital canteen at Digi

Kantin digital dahmakan adalah kiosk mudah alih yang menggunakan tablet, menyenaraikan pelbagai pilihan makanan sihat, termasuk makanan vegetarian dan rendah karbohidrat. Kiosk-kiosk mudah alih ini telah ditubuhkan di kawasan umum di pejabat Digi untuk memudahkan pekerja menempatkan pesanan makanan hanya dengan satu klik butang. Staf penghantar makanan akan menghantar pesanan makan tengah hari atau makan malam pada masa yang diperuntukkan, dan para pekerja akan dimaklumkan melalui SMS untuk mengambil pesanan mereka apabila ia tiba.

Idea ini berlaku apabila Digi meneroka pilihan untuk memastikan bahawa pekerja, terutamanya kakitangan operator panggilan untuk mengakses pesanan makanan yang sihat tanpa perlu meninggalkan pejabat.

Menurut Elisabeth Stene iaitu Ketua Pegawai Sumber Manusia Digi, “Ini adalah keutamaan kami untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan kakitangan kami dijaga. Kami sentiasa mencari teknologi inovatif yang boleh digunakan untuk memperbaiki cara kami bekerja dan kesejahteraan kakitangan kami. Kerjasama dengan dahmakan untuk mempunyai kantin digital adalah satu contoh sedemikian; dengan adanya kantin itu, ia dapat memberikan para pekerja kemudahan untuk mengakses makanan yang berkhasiat dengan harga berpatutan.”

Picture 3_Digi employees making their orders via the digital canteen

“Matlamat kami untuk kantin digital adalah untuk membantu syarikat menggerakkan penglibatan pekerja dalam organisasi mereka dengan memberikan makanan yang seimbang kepada pekerja korporat tanpa memecahkan dompet mereka. “Penyelidikan menunjukkan peningkatan keuntungan syarikat ketika pekerja terlibat dan kebajikan mereka diprioritaskan, terutama di era di mana para pekerja sangat mudah dipisahkan. Kantin digital menjadikannya menarik bagi para pekerja untuk memesan dan makan bersama-sama dengan rakan sebaya mereka, dan ini menggalakkan hubungan rapat antara rakan sekerja. ” ujar Jon Weins, CEO dan pengasas dahmakan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY