Syarikat pengeluar telefon pintar terkenal China Vivo bakan melancarkan peranti terbarunya iaitu Vivo V17 Pro pada 1 Oktober ini. Menurut Vivo, peranti terbarunya itu akan dilengkapi dengan enam kamera. Beberapa berita yang telah tersebar di media sosial mengatakan bahawa Vivo V17 Pro bakal hadir dengan dua kamera hadapan dengan menggunakkan teknologi Pop-up Camera dengan 32MP bagi sensor lebar dan 8MP untuk depth sensor.
Bagi kamera utama pula, Vivo V17 Pro dijangka akan hadir dengan 4 kamera di bahagian belakang peranti. Dikhabarkan ia akan menggunakan 48MP untuk sensor utama, 8MP sensor ultra jalur lebar, dan dua sensor 2MP iaitu sensor depth dan macro.
Namun begitu, perkhabaran mengenai spesifikasi kamera ini masih belum disahkan lagi dan pihak Vivo masih belum mendedahkan spesifikasi penuh peranti ini sehingga tarikh pelancarannya pada 1 Oktober ini.
Jika dilihat, Vivo V15 Pro yang terdahulu hadir dengan 3 kamera pada bahagian belakang iaitu kamera utama 48 MP, f/1.8, kamera ultra sudut lebar 8 MP, f/2.2 dan kamera depth 5 MP, f/2.4. Manakala kamera hadapan pula hadir dengan pop up camera 32 MP, f/2.0. Dengan inovasi yang dilakukan Vivo dengan menambah kamera pada Vivo V17 Pro, dilihat ia mungkin akan mendapat sambutan dari pengguna di negara ini.
Pasti ramai yang menantikan kehadiran Vivo V17 Pro dan untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan dari semasa ke semasa anda boleh layari Facebook utama Vivo Malaysia https://www.facebook.com/VivoMalaysia atau laman utama Vivo Malaysia https://www.vivo.com/my
Sumber:Vivo Malaysia
Berkaitan
- Honor V30 Pro Pintas Huawei Mate 30 Pro Dalam Penanda Aras DxOMark
- Peminat E-Sukan Boleh Mendapatkan Vivo Y17 Secara Percuma Untuk Pendaftaran Pelan Celcom Platinum atau Platinum Plus
- Xiaomi Mi Note 10 Pro Menewaskan Iphone 11 Pro Max Dalam Ujian Ketahanan Bateri
- Vivo Nex 3 Telah Mendapat Pengiktirafan SIRIM
- U Mobile Lancar Program Mini Wechat Go Malaysia Untuk Pengunjung Dari Tanah Besar China Ke Malaysia
- Huawei Mate 30 Pro 5G Mencatat Mata Tertinggi Dalam Carta Kamera DxOMark
- Gambar Milik Pemuda Malaysia Ini Viral Di Laman Instagram Apple
- Vivo Bakal Memperkenalkan Siri S?
- Redmi K20 Pro Mendapat Skor 102 Mata Dalam Ujian Kamera Dxomark
- Digi Mahu Bantu Usahawan PKS Melalui Program MY Digital SME