Untuk laporan ini Opensignal telah mengumpulkan dan menganalisis lebih dari 1 bilion ukuran yang diambil dari 971,486 peranti dengan menggunakan aolikasi "Opensignal Apps" di Malaysia dalam tempoh tiga bulan (Jun 2019 hingga Ogos 2019).
Berikut merupakan data yang dikumpul di dalam laporan Opensignal :
- Maxis dan Celcom terus mendominasi rangkaian mudah alih negara di mana mereka telah mendahului 5 daripada 6 kategori yang dilaporkan oleh Opensignal
- Laporan tersebut juga turut mengatakan bahawa Celcom telah meluaskan rangkaian 4G nya dan jauh meninggalkan pesaingnya dengan skor purata 87.6%.
- Celcom juga telah mendominasi "Latency Experience" dengan pengguna mencatatkan masa terpantas sebanyak 43.2 milisaat.
- Maxis memenangi anugerah Pengalaman Muat Turun Terpantas dengan purata 17.7 Mbps. Ia juga memenangi anugerah Muat Naik Terpantas dengan purata 6.6 Mbps.
- Walaupun pengguna mengalami Kelajuan Muat Turun terpantas di Maxis, mereka menikmati Pengalaman Video terbaik pada rangkaian Celcom dengan skor sebanyak 63.5 dalam Skala Pengalaman Video 100-point Opensignal.
- Unifi juga tidak ketinggalan dalam meraih kejayaan dengan memenangi kategori 'Pengalaman Apl Suara' yang baru diperkenalkan, untuk kali pertama dalam laporan ini dengan skor 77.5. Metrik ini mengukur kualiti pengalaman untuk perkhidmatan suara over-the-top (OTT) (aplikasi suara mudah alih) seperti WhatsApp, Skype, Facebook Messenger, dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut layari: Opensignal
Berkaitan
- U Mobile Dan Impact Malaysia Bekerjasama Untuk Mempersembahkan Seni Mural
- U Mobile Lancar Program Mini Wechat Go Malaysia Untuk Pengunjung Dari Tanah Besar China Ke Malaysia
- Vivo Bakal Anjurkan Pertandingan PUBG MOBILE Disember Ini
- Digi Mahu Bantu Usahawan PKS Melalui Program MY Digital SME
- Digi Tawar Pra Tempahan Iphone 11, Iphone 11 Pro Dan Iphone 11 Pro Max Bermula 20 September Ini
- Digi Dan TM GLOBAL Berkolaborasi Untuk Menyediakan Lebih Pilihan Sambungan Seluruh Malaysia
- Maxis Dan UKM Bekerjasama Untuk Melonjakkan Pembelajaran Digital Di Malaysia
- Para Pengguna IOS Melaporkan PUBG Mobile Dan Fortnite Mempunyai Masalah Selepas Kemaskini IOS13
- Unifi Memperkenalkan Pelan Prepaid #Bebas Dengan Beberapa Tawaran Menarik Sehingga 31 Disember Ini
- Digi dan Dahmakan Bekerjasama Perkenalkan Kantin Digital