Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Switch Melanjutkan Promosi Program Pertukaran Bateri Iphone

Switch Melanjutkan Promosi Program Pertukaran Bateri Iphone

Diterbitkan Januari 3, 2020 oleh irfan suhaimee

Berita gembira buat para pengguna Iphone terutamanya pemilik Iphone 6 sehingga Iphone 8 Plus. Ini kerana pihak Switch telah menawarkan lanjutan promosi bagi program pertukaran bateri Iphone.

Switch Melanjutkan Promosi Program Pertukaran Bateri Iphone

Lanjutan program tersebut telah diumumkan di dalam satu perkongsian di laman Facebook Switch. Menurut pihak Switch, para pengguna boleh membuat temujanji terlebih dahulu atau boleh terus ke rangkaian Switch berdekatan untuk membuat program penukaran tersebut.

Program tersebut sepatutnya berakhir pada 31 Disember lalu namun pihak Switch melanjutkannya sehingga stok masih ada. Program tersebut menawarkan pertukaran bateri berharga RM 199 bagi model Iphone 6, 6 Plus, 6s, 6s Plus, SE, 7, 7 Plus, 8 dan 8 Plus sahaja.

Switch Melanjutkan Promosi Program Pertukaran Bateri Iphone

Dengan adanya lanjutan bagi program pertukaran bateri ini, ia dilihat memberi peluang kepada para pengguna yang terlepas untuk menukar bateri melalui program ini pada tahun lalu.

Namun, perlu diingatkan semula bahawa pogram ini hanya untuk pengguna yang memiliki Iphone yang original dan tidak pernah diservis atau diperbaiki di kedai-kedai yang tidak diiktiraf oleh Apple. Oleh itu kepada para pengguna Iphone 6 sehingga Iphone 8 Plus, jangan lepaskan peluang keemasan ini sementara stok masih ada.

Sumber : Switch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY