Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Reno

OPPO Reno Laris Dijual Menerusi Tawaran Dari Maxis, Celcom Dan Digi

Diterbitkan Jun 20, 2019 oleh irfan suhaimee

OPPO Reno secara rasminya telah di lancarkan di Malaysia pada 16 Mei lepas dan memulakan jualannya sehingga berjaya mengekalkan kedudukan telefon pintar nombor satu di kedai-kedai telekomunikasi utama iaitu (Celcom, Digi dan Maxis) sejak 28 Mei hingga sekarang.

 

 

OPPO Reno ranked No.1 best-selling smartphone in major telco stores
OPPO Reno ranked No.1 best-selling smartphone in major telco stores (2)
OPPO Reno ranked No.1 best-selling smartphone in major telco stores (3)

Hasil penjualan Oppo Reno telah memberi impak yang positif kepada peningkatan jualan Oppo Malaysia. Namun begitu, penjualan telefon pintar ini bukan sahaja mencapai rekod jualan yang hebat di kedai jualan rasmi dan dalam talian malah turut meningkat dirangkaian telekomunikasi utama Malaysia iaitu Celcom, Digi dan Maxis. Ini sebahagiannya disebabkan oleh  tawaran pelan mudah alih yang berpatutan telah menarik minat peminat Oppo atau lebih dikenali sebagai O-Fans.

Bagi Celcom, para pengguna boleh mendapatkan OPPO Reno secara PERCUMA dengan pelan Celcom Mobile Platinum Plus yang dilengkapi dengan data 100GB. Pelanggan Maxis pula kini boleh mendapatkan OPPO Reno terbaru pada harga yang tidak dapat ditandingi dengan hanya  membayar RM1 melalui Pakej Pelan MaxisOne. Sementara itu, bagi pelanggan Digi anda boleh memiliki OPPO Reno dengan hanya perlu membayar RM58 / bulan menerusi Digi PhoneFreedom 365.

 

OPPO Reno Laris Dijual Menerusi Tawaran Dari Maxis, Celcom Dan Digi

 

Dijual pada harga rasmi RM1,999, ia boleh didapati dalam dua variasi warna menawan iaitu Ocean Green dan Jet Black. Dengan pilihan fotografi yang canggih dan ciri-ciri yang premium, OPPO Reno hadir dengan Cipset Snapdragon 710,  skrin AMOLED dan yang lebih menariknya kamera depan bagi telefon pintar ini menggunakkan teknologi “Pop Up Camera” tetapi  berbentuk seperti sirip jerung atau “Shark Fin”  pasti menggamit hati para pengguna.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY