Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Iphone 11 Pro Max Menewaskan Huawei Mate 30 Pro Dan Samsung Galaxy Note 10+ Dalam Ujian Bateri Oleh Mrwhosetheboss

Iphone 11 Pro Max Menewaskan Huawei Mate 30 Pro Dan Samsung Galaxy Note 10+ Dalam Ujian Bateri Oleh Mrwhosetheboss

Diterbitkan September 28, 2019 ยท Dikemas kini September 29, 2019 oleh irfan suhaimee

Baru-baru ini, pengulas gajet terkenal di Youtube iaitu Mrwhosetheboss telah memuatnaik sebuah video terbaru mengenai ujian ketahanan bateri bagi beberapa peranti terunggul masa kini.

Antara peranti yang diuji beliau ialah, peranti terbaru dari Huawei yang penuh kontrovesi iaitu Huawei Mate 30 pro, 3 peranti terbaru dari Apple iaitu Iphone 11 Pro Max, Iphone 11 Pro, Iphone 11 dan peranti mercu terbaru dari Samsung iaitu Samsung Note 10Plus.

Iphone 11 Pro Max Menewaskan Huawei Mate 30 Pro Dan Samsung Galaxy Note 10+ Dalam Ujian Bateri Oleh Mrwhosetheboss

Jika dilihat atas kertas, semestinya Huawei Mate 30 pro mempunyai kelebihan kerana mempunyai kapasiti bateri yang terbesar antara kelima-lima peranti yang diuji ini dengan bateri berkapasiti 4500mAh, manakala Samsung Galaxy note 10 Plus juga mrmpunyai kapasiti bateri yang besar iaitu 4300mAh.

Bagi Iphone 11 Pro max pula, ia mempunyai bateri berkapasiti 3969mAh, Iphone 11 Pro pula 3190mAh dan yang terakhir iphone 11 dengan 3046mAh.

Iphone 11 Pro Max Menewaskan Huawei Mate 30 Pro Dan Samsung Galaxy Note 10+ Dalam Ujian Bateri Oleh Mrwhosetheboss

Kesemua peranti dicas penuh 100% ketika ujian ini dijalankan dan setelah ujian dijalankan dilihat Huawei mate 30 pro berada di hadapan diikuti Iphone 11 Pro max, Samsung Galaxy note 10Plus, Iphone 11 Pro manakala Iphone 11 berada di kedudukan terakhir.

Agak mengejutkan juga apabila Samsung Galaxy Note 10 Plus yang mempunyai bateri berkapasiti 4300mAh berada di belakang Iphone 11 Pro Max yang hanya mempunyai bateri berkapasiti 3969mAh.

Iphone 11 Pro Max Menewaskan Huawei Mate 30 Pro Dan Samsung Galaxy Note 10+ Dalam Ujian Bateri Oleh Mrwhosetheboss

Pada fasa seterusnya, dilihat Huawei Mate 30 Pro sudah mula menunjukkan penurunan kuasa bateri selepas 60% dan menjadikan Iphone 11 Pro Max mendahului ujian manakala satu kejutan besar buat Samsung Galaxy Note 10 Plus  kerana berada di belakang Iphone 11 Pro yang hanya mempunyai bateri berkapasiti 3046mAh sahaja.

Iphone 11 Pro Max Menewaskan Huawei Mate 30 Pro Dan Samsung Galaxy Note 10+ Dalam Ujian Bateri Oleh Mrwhosetheboss

Iphone 11 menjadi peranti yang pertama terkeluar dari ujian ini dengan catatan masa 5jam 2minit, manakala agak mengejutkan juga apabila Samsung Galaxy Note 10Plus menjadi peranti kedua terkeluar dari ujian ini dengan hanya mampu bertahan selama 6jam 31minit sahaja.

Iphone 11 Pro Max Menewaskan Huawei Mate 30 Pro Dan Samsung Galaxy Note 10+ Dalam Ujian Bateri Oleh Mrwhosetheboss

Seterusnya, giliran Iphone 11 Pro pula terkeluar dari persaingan dengan hanya mampu bertahan selama 6jam 42minit.

Tapi, ia agak mengejutkan kerana ia mampu bertahan lebih lama berbanding Samsung Galaxy note 10 plus walaupun mempunyai perbezaan kapasiti bateri yang agak banyak.

Manakala Huawei Mate 30 Pro juga menjadi naib juara bagi ujian ini selepas mampu bertahan selama 8jam 13minit dan menjadikan Iphone 11 Pro Max sebagai juara bagi ujian yang dilakukan oleh Mrwhosetheboss ini dengan mampu bertahan selama 8jam 32minit.

Iphone 11 Pro Max Menewaskan Huawei Mate 30 Pro Dan Samsung Galaxy Note 10+ Dalam Ujian Bateri Oleh Mrwhosetheboss

Agak mengejutkan apabila peranti keluaran Apple yang memenangi ujian ini kerana jika dilihat pada komen dari para pengguna, bateri bagi siri Iphone yang lepas tidak mampu bertahan lama.

Menurut Mrwhosetheboss, Iphone 11 Pro Max merupakan peranti yang mempunyai ketahanan bateri yang paling baik berbanding peranti-peranti lain yang pernah digunakannya.

Sumber: Mrwhosetheboss

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY