Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 11 Berjumlah Lebih RM 475,000 Telah Dicuri Di Dalam Sebuah Kereta Di Oregon

iPhone 11 Berjumlah Lebih RM 475,000 Telah Dicuri Di Dalam Sebuah Kereta Di Oregon

Diterbitkan Disember 27, 2019 ยท Dikemas kini Disember 27, 2019 oleh irfan suhaimee

Baru-baru ini telah berlaku satu kes kecurian melibatkan sejumlah besar iPhone 11 berlaku di Oregon, Amerika Syarikat.

Kejadian tersebut berlaku di tempat parkir kereta di sebuah pusat membeli-belah Bridgeport Village. Menurut sumber, sejumlah besar iPhone 11 milik seorang wanita telah dicuri di dalam sebuah kereta di parkir pusat membeli-belah tersebut.

Menurut pihak polis Tualatin, kejadian itu berlaku ketika pemilik kenderaan tersebut kembali membeli belah selepas menyimpan sejumlah besar iPhone 11 yang baru dibelinya di dalam sebuah kereta.

iPhone 11 Berjumlah Lebih RM 475,000 Telah Dicuri Di Dalam Sebuah Kereta Di Oregon

Kredit : The Oregonian

Menurut pihak polis lagi, hasil pemeriksaan dari kamera litar tertutup mendapati terdapat dua suspek utama iaitu seorang lelaki dan perempuan. Dalam rakaman tersebut mendapati suspek lelaki tersebut memecahkan cermin kereta sebelum membawa pulang beberapa beg yang mengandungi sejumlah besar iPhone.

Manakala suspek perempuan pula bertindak dengan memerhati keadaan persekitaran dan mereka meninggalkan tempat parkir berkenaan menaiki sebuah kereta Honda Odyssey.

Pihak polis masih belum mengetahui punca sebenar mengapa pemilik kenderaan tersebut membeli sejumlah besar iPhone 11. Menurut pihak polis lagi, jumlah keseluruhan iPhone 11 yang dicuri tersebut bernilai lebih RM 475,000.

Kejadian tersebut juga turut diulas oleh pengulas gajet terkenal iaitu Unbox therapy di akaun Youtube Later Clips. Menurut Lew, tidak masuk akal jika seseorang membeli iPhone dalam kuantiti yang banyak kembali membeli-belah setelah meletakkan iPhone tersebut di dalam kereta. Beliau menambah, jika sebuah komputer riba pon kita amat risau untuk meletakkan di dalam kereta, apatah lagi sejumlah iPhone yang mencecah RM 475,000.

Sumber : The Oregonian

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY