Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digi Mungkin Alami Gangguan Perkhidmatan – CelcomDigi

Digi Mungkin Alami Gangguan Perkhidmatan – CelcomDigi

Diterbitkan September 7, 2024 ยท Dikemas kini September 7, 2024 oleh Amalina Athman

Kemas kini 7 September 2024, 12.26pm: Perkhidmatan Digi kembali pulih seperti biasa.

Kemaskini: Pelanggan yang dihormati, semua perkhidmatan Digi telah kembali pulih seperti biasa. Terima kasih atas kesabaran anda dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami.

— CelcomDigi (@CelcomDigi) September 7, 2024


Artikel asal: CelcomDigi melalui notis yang dikeluarkan hari ini memaklumkan bahawa perkhidmatan mudah alih dan fiber, serta aplikasi MyDigi dan UMB (perkhidmatan tambah nilai prabayar) mungkin sedang mengalami gangguan buat sementara waktu.

Menurut CelcomDigi, gangguan hanya melibatkan pengguna Digi dan tidak menjejaskan pelanggan Celcom.

Syarikat telekomunikasi itu menjelaskan pasukan teknikal ketika ini dalam usaha untuk memulihkan perkhidmatannya secepat yang mungkin. Namun, tidak dimaklumkan mengenai sebarang jangkaan tempoh baik pulih tersebut.

Sebagai alternatif, pengguna Digi boleh melakukan pembayaran dan perkhidmatan tambah nilai melalui saluran alternatif seperti aplikasi e-Wallet, kedai serbaneka atau di Shopee dan Lazada.

Berkaitan

  • CelcomDigi Turunkan Harga Langganan Pelan Internet Fibre 1Gbps
  • CelcomDigi Bersedia Lengkapkan Perjanjian Langganan Saham Bersyarat Dan Memulakan Proses Bina Rangkaian 5G Kedua Malaysia
  • Kelajuan 5G-Advanced Dicapai CelcomDigi, U Mobile Dan ZTE Didakwa Terpantas Di Dunia Pada Masa Ini
  • CelcomDigi Diiktiraf Sebagai Liputan Rangkaian Mudah Alih Terbaik Di Malaysia

Sumber: CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY