Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp truecaller

Truecaller Bakal Perluas Ciri Tapisan Panggilan Spam Ke Aplikasi WhatsApp

Diterbitkan Mei 9, 2023 ยท Dikemas kini Mei 9, 2023 oleh Amalina Athman

Truecaller kini mengumumkan perancangannya untuk memperluas perkhidmatan pengesanan panggilan ke WhatsApp dan aplikasi pemesejan lain, bagi membolehkan pengguna mengesan kemungkinan panggilan spam melalui internet.

Berkaitan

  • Cara "Unlist" Nombor Telefon Anda Dari Truecaller
  • Cara Menyekat Panggilan Yang Tidak Dikenali Pada Peranti Pintar Android
  • Lebih 1,700 Aduan Panggilan Scammer Diterima Setiap Bulan Setakat Februari 2023

CEO Truecaller Alan Mamedi mengesahkan ciri itu ketika ini masih dalam fasa pengujian beta, dan akan dilancarkan dalam versi stabil secara global sekitar bulan ini.

Memedi berkata, sejak beberapa minggu lalu, terdapat banyak laporan pengguna dari India berkenaan panggilan spam yang diterima melalui WhatsApp. Laporan 2021 oleh Truecaller turut memperlihatkan panggilan scam semakin meningkat, di mana secara purata pengguna menerima kira-kira 17 panggilan setiap bulan.

Dengan sokongan Truecaller di WhatsApp kelak, ia mempunyai teknologi pengesanan panggilan spam dan seterusnya membolehkan pengguna mengambil tindakan seperti menyekat, melaporkan atau sebagainya.

Sehingga kini, Truecaller mempunyai 350 juta pengguna global, dengan majoriti 250 juta pengguna di India.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY