Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Try Galaxy 3

Pengguna iOS Kini Boleh Cuba Demo Galaxy Z Fold5 Dengan Dua iPhone

Diterbitkan Ogos 22, 2023 · Dikemas kini Ogos 22, 2023 oleh Amalina Athman

Seperti sedia maklum, sehingga kini iPhone belum hadir dengan model boleh lipat. Terbaharu, Samsung telah mengemas kini aplikasi web Try Galaxy dengan menambah dua telefon lipatnya, iaitu Galaxy Z Flip5 dan Z Fold5.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Ini Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima One UI 6
  • 200MP Belum Cukup, Samsung Didakwa Akan Hasilkan Sensor 440MP

Bagi yang belum tahu, Samsung pada tahun lalu telah memperkenal aplikasi web Try Galaxy bagi membolehkan pengguna iOS merasai pengalaman menggunakan Android dengan antara muka One UI.

Penambahan model Z Flip5 dan Z Fold5 membolehkan pengguna iOS merasai pengalaman menggunakan telefon boleh lipat. Namun, dua iPhone perlu dipautkan bersama dengan memasukkan kod yang dijana. Setelah itu, skrin akan diperluas merentasi kedua-dua iPhone.

Terdapat tiga ciri yang boleh dicuba oleh pengguna iOS, antaranya termasuk Immersive View, Multi-Tasking dan Game.

TryGalaxy 2

Dengan fungsinya yang terhad, jelas sekali, ianya jauh daripada pengalaman sebenar. Akan tetapi, demo Galaxy Z Fold5 ini memberikan sedikit gambaran kepada pengguna iOS, bagaimana antara muka One UI berfungsi untuk telefon boleh lipat Samsung.

TryGalaxy 1

Untuk mencubanya, layari aplikasi web Try Galaxy dan kemudian ikut arahan seterusnya. Aplikasi ini menyokong 20 bahasa dan serasi untuk model iPhone 7 dan terbaharu.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/cljlkvg
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/cljlkvp

Sumber: Samsung Newsroom

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY