Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung ‘Ajak’ Pengguna iPhone Cuba Galaxy Tanpa Tukar Peranti

Samsung ‘Ajak’ Pengguna iPhone Cuba Galaxy Tanpa Tukar Peranti

Diterbitkan Oktober 15, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 15, 2022 oleh Amalina Athman

Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan platform Try Galaxy bagi memberikan peluang kepada pengguna iPhone untuk merasai pengalaman menggunakan antaramuka peranti itu.

Menurut Samsung, simulasi Try Galaxy adalah berdasarkan One UI 4.1 pada siri Galaxy S22, Galaxy Z Flip4 dan Z Fold 4. Tambahnya, aplikasi ini hanya bertujuan semata-mata untuk mensimulasikan pengalaman One UI 4.1 dan pengguna tidak mengakses aplikasi sebenar atau fungsi dan perkakasan peranti semasa menjalankan aplikasi tersebut.

Untuk mencubanya, pengguna iPhone perlu melayari https://trygalaxy.com, tekan pada butang ‘Share’ dan kemudian ‘Add to Home Screen’.

Samsung ‘Ajak’ Pengguna iPhone Cuba Galaxy Tanpa Tukar Peranti

Setelah itu, pengguna iPhone boleh mencuba Try Galaxy yang tersedia di Home Screen. Melaluinya, pengguna boleh menekan pada mana-mana ikon untuk mencuba beberapa ciri baharu. Samsung turut menyediakan manual untuk menggunakan simulasi itu termasuk fungsi setiap butang yang tersedia di bahagian bawah antaramuka.

Bagi menjadikannya lebih nyata, adakalanya mesej masuk akan dipaparkan di ruangan atas skrin, berserta bunyi mesej masuk yang sinonim dengan peranti Samsung.

Samsung ‘Ajak’ Pengguna iPhone Cuba Galaxy Tanpa Tukar Peranti

Tidak perlu mengulas panjang, bagi pengguna iPhone yang ingin merasai sendiri pengalaman menggunakan antaramuka Samsung One UI 4.1, layari https://trygalaxy.com yang tersedia sehingga 31 Disember 2022. Bagaimanapun, perlu diketahui ciri yang tersedia pada simulasi ini mungkin berbeza mengikut iPhone yang digunakan. Anda juga boleh berkongsi pengalaman menggunakan Try Galaxy di ruangan komen kelak.

Sumber: Try Galaxy

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Samsung Galaxy Z Fold4 Turut Dilancarkan Pada Harga Permulaan RM6799
  • Perbezaan Antara Samsung Galaxy Z Flip3 Dengan Z Flip4

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY