Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Death Stranding Director’s Cut Kini Tersedia Di Xbox Series X/S

Death Stranding Director’s Cut Kini Tersedia Di Xbox Series X/S

Diterbitkan November 7, 2024 oleh Amsyar Latif

Hideo Kojima membuat sedikit kejutan hari ini di mana permainan Death Stranding Director’s Cut akhirnya tersedia untuk konsol Xbox Series X/S.

Permainan ini dijual pada harga USD29.99 (~RM132) tetapi bersempena kehadirannya, ia menerima diskaun sebanyak 50%.

Kojima dalam kenyataan meluahkan rasa gembira dan berbesar hati dalam pengumuman tersebut dan berterima kasih kepada semua peminat yang menyokongnya termasuk komuniti Xbox yang lama menanti permainan ini.

Selain itu, pengumuman ini juga dibuat selepas genapnya permainan tersebut dilancarkan buat pertama kali pada lima tahun lalu sebagai permainan eksklusif PS4. Kemudian, ia ditawarkan pula untuk versi PC.

Death Stranding Director’s Cut Kini Tersedia Di Xbox Series X/S

Tambahan lagi, Kojima Productions turut mengumumkan yang mereka kini memiliki hak penuh atau harta intelek bagi Death Stranding.

Buat pengetahuan, Death Stranding merupakan permainan pertama Hideo Kojima dan Kojima Productions setelah beliau berpisah dengan Konami pada tahun 2015.

Permainan ini bertemakan pasca apokalips di mana mencabar pemain untuk menghubungkan semula manusia untuk kembali bersatu setelah peristiwa ‘Death Stranding’ terjadi.

Peristiwa tersebut mengakibatkan dunia manusia dan roh atau entiti asing yang dipanggil BT (beached thing) bercampur. Pada masa ini, negara Amerika Syarikat sudah tiada dan kini menjadi UCA (United Cities of America). Tugas watak utama, Sam lakonan Norman Reedus adalah menghubungkan kembali manusia yang sudah terpisah ini untuk menyertai UCA.

https://x.com/hideo_kojima_en/status/1854512529676050660?

Sekuelnya, Death Stranding 2: On The Beach telah pun diumumkan dan akan dilancarkan secara eksklusif di PS5 pada tahun 2025.

Sekiranya anda berminat dan tiada konsol, ia juga tersedia di PC, iPad, iPhone, Mac dan Amazon Luna+.

Berkaitan

  • Xbox Akan Mula Jual Permainan Terus Dari Peranti Android Bulan Depan
  • Tiga Permainan Call of Duty Bakal Hadir Dalam Xbox Cloud Gaming
  • Lebih 10 Tahun Dengan Ekosistem Apple, Ini Pendapat Saya Bila Sebulan Dengan Ekosistem HONOR
  • Konsol PlayStation 5 Pro Boleh Dibeli Hari Ini Pada Harga RM3,849

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY