Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
call of duty cloud gaming

Tiga Permainan Call of Duty Bakal Hadir Dalam Xbox Cloud Gaming

Diterbitkan Oktober 15, 2024 oleh Rushsyafizal

Berita menarik untuk peminat Call of Duty (CoD), Microsoft akan membawa tiga permainan CoD terbaru ke platform Xbox Cloud Gaming pada 25 Oktober 2024. Ini termasuk pelancaran Call of Duty Black Ops 6, yang boleh dimainkan oleh ahli Game Pass Ultimate pada hari pertama pelancaran. Selain itu, Modern Warfare III dan Call of Duty Warzone juga akan tersedia pada hari yang sama.

Ini kali pertama permainan CoD boleh dimainkan melalui Xbox Cloud Gaming. Menurut Ashley McKissick, Naib Presiden Xbox, pemain kini boleh menikmati CoD di lebih banyak peranti, termasuk konsol, PC, telefon pintar, TV Samsung terpilih, dan juga Meta Quest.

Menariknya, walaupun Ubisoft memiliki hak penstriman permainan Activision selepas perjanjian pada 2023, nampaknya mereka telah melesenkan kembali hak tersebut kepada Microsoft untuk platform cloud gaming.

Black Ops 6 akan menampilkan kempen penuh yang berlatar belakang era awal 1990-an. Permainan ini memperkenalkan sistem pergerakan baru, omnimovement, yang membolehkan pemain berlari, meluncur, dan menyelam ke semua arah. Peta permainan ini akan meliputi Timur Tengah, Eropah Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat pada awal pelancarannya.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Siri vivo X200 Rasmi - Cip Dimensity 9400, Kamera Telefoto 200MP, Bateri BlueVolt
  • Siri Anime One Piece Berehat Seketika, Diganti Dengan 'Fish-Man Island' Baharu
  • Kerajaan Akan Gubal RUU Untuk Tangani Sindiket 'Scammer'

Sumber : Xbox

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY