Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DaVinci Resolve 21 Diperkenal – Kini Sokong Edit Gambar Pegun, Banyak Ciri AI

DaVinci Resolve 21 Diperkenal – Kini Sokong Edit Gambar Pegun, Banyak Ciri AI

Diterbitkan April 14, 2026 oleh Amsyar Latif

Blackmagic Design secara rasminya melancarkan versi DaVinci Resolve 21 yang membawakan integrasi penuh penyuntingan gambar pegun melalui halaman Photo yang baharu.

Buat pertama kalinya, jurugambar dan pakar warna boleh menggunakan sistem grading berasaskan nod (node-based) yang sebelum ini hanya eksklusif untuk filem, bagi menguruskan album foto dengan kualiti resolusi asal.

davinci resolve 21

Pengguna juga boleh menyambung kamera Sony atau Canon secara terus (tethering) ke dalam perisian untuk rakaman imej secara langsung ke dalam album.

Kemas kini kali ini turut sarat dengan fungsi kecerdasan buatan (AI) terbaharu seperti AI IntelliSearch untuk carian objek atau wajah dalam klip video dengan pantas, serta AI CineFocus yang membolehkan pengguna mengubah titik fokus dan kesan bokeh selepas penggambaran dilakukan.

Selain itu, terdapat alatan khusus untuk penyuntingan wajah seperti AI Face Age Transformer untuk mengubah usia pelakon, AI Face Reshaper untuk melaras bentuk wajah, serta AI Blemish Removal bagi membaiki tekstur kulit secara semula jadi.

davinci resolve 21

Bagi bahagian grafik dan audio, DaVinci Resolve 21 kini menyokong set alatan Krokodove dengan lebih 70 grafik baharu dalam Fusion, serta sokongan asli untuk animasi Lottie dan grafik HTML OGraf.

Halaman Fairlight pula diperkemas dengan ciri Folder Tracks yang memudahkan pengurusan trek audio yang banyak dalam satu paparan kompak.

Perisian ini juga menyokong aliran kerja Apple Immersive dengan foveated rendering untuk pengalaman tontonan realiti maya (VR) yang lebih lancar pada peranti seperti Meta Quest.

Berkaitan

  • DaVinci Resolve Kini Mula Tersedia Di iPad Secara Percuma
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • AI Didapati Mencipta Tugasan Baharu Yang Sebelum Ini Tidak Wujud Di Tempat Kerja

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY