Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Data Bank Rakyat Mungkin Bocor

Data Bank Rakyat Mungkin Bocor

Diterbitkan September 2, 2024 · Dikemas kini September 2, 2024 oleh Amalina Athman

Bank Rakyat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada pengguna hari ini memaklumkan bahawa terdapat kemungkinan isu berkaitan kebocoran data yang dikesan dalam sistem perkhidmatannya.

Selain SMS kepada pengguna, tiada kenyataan rasmi mahupun butiran lanjut yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat berhubung kemungkinan kebocoran itu – sekurang-kurangnya sehingga artikel ini ditulis.

bank rakyat_1

Walaupun begitu, Bank Rakyat menjelaskan pihaknya kini sedang giat menjalankan penambahbaikan serta mempertingkatkan tahap keselamatan sistem.

Sebagai tambahan, pengguna yang mengalami sebarang masalah atau transaksi diragui diminta segera menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454.

Berkaitan

  • Maybank Halang Akses Aplikasi MAE Jika Kesan Perisian Hasad
  • BNM Denda Maybank, CIMB Berikutan Gangguan Perkhidmatan Berpanjangan
  • Data Pelanggan ToyyibPay Didakwa Bocor Dan Dijual
  • Perkhidmatan GrabBike Dilihat “Muncul Kembali” Di Aplikasi Grab Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY