Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perkhidmatan GrabBike Dilihat “Muncul Kembali” Di Aplikasi Grab Malaysia

Perkhidmatan GrabBike Dilihat “Muncul Kembali” Di Aplikasi Grab Malaysia

Diterbitkan September 1, 2024 · Dikemas kini September 1, 2024 oleh Amsyar Latif

Perkhidmatan e-panggilan (e-hailing) memang satu perkhidmatan yang penting pada masa kini. Antara popular di Malaysia, ialah Grab.

Seperti diketahui, Grab buat masa sekarang hanya menawarkan perkhidmatan e-panggilan menerusi standard, premium atau specialty. Namun, kami mendapati ada pilihan ‘bike’.

Buat pengetahuan, GrabBike adalah perkhidmatan sama sahaja seperti Grab Car. Cumanya, ia adalah alternatif lain untuk pengguna yang mahukan tambang lebih mampu milik dan juga cepat untuk sampai ke destinasi.

Perkhidmatan GrabBike Dilihat “Muncul Kembali” Di Aplikasi Grab Malaysia

Selain itu, selepas kita tekan perkhidmatan itu juga, ia seperti menempah perkhidmatan e-panggilan macam kereta juga.

Walau bagaimanapun, GrabBike dilihat sudah “dialih” keluar daripada aplikasi. Kami tidak pasti sama ada ia pepijat yang tidak disengajakan atau Grab sedang menguji kembali perkhidmatan itu di Malaysia.

Perkhidmatan GrabBike Dilihat “Muncul Kembali” Di Aplikasi Grab Malaysia

Jika diingat semula, GrabBike telah pun melalui ujian rintis empat tahun yang lalu. Ia menawarkan GrabBike biasa dan juga GrabBike untuk wanita dan terhad di lokasi terpilih sahaja. Tambangnya pula adalah serendah RM3.70.

Apa-apa pun, banyak cabaran sekiranya ia ditawarkan kembali di Malaysia. Salah satu contoh adalah risiko kemalangan.

Di Thailand misalnya, perkhidmatan GrabBike boleh dikatakan popular kerana kesesakan lalu lintas amat teruk khususnya di bandar besar seperti Bangkok. Di sini juga, apa kurangnya.

Namun, adakah ia bakal ditawarkan kembali di Malaysia?

Berkaitan

  • Perkhidmatan GrabBike Sudahpun Bermula Di Kuala Lumpur
  • Ini 6 Kawasan Lain Yang Terima Ciri GrabCar Saver
  • Grab, OpenAI Kerjasama Untuk Integrasi Teknologi AI
  • GrabPay Akan Kenakan Caj 1% Tambah Nilai Dari Kad Kredit Bermula 11 September 2024

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY